Misi pencarian Jurutera Bendalir Trek Petronas 2019/2020

oleh SALINA JALIL|
Petronas melalui subsidiri Petronas Lubricants International (PLI) telah mewar-warkan pencarian mereka untuk memenuhi jawatan Jurutera Bendalir Trek (Trakside Fluid Engineer).


Pencarian calon yang sesuai untuk jawatan ini diadakan secara global bagi memenuhi jawatan tersebut bersama pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport yang telah dinobatkan sebagai juara sebanyak lima kali dalam kejuaraan F1 Formula One.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pada tahun 2018, sebanyak 7,000 surat permohonan telah diterima dan Stephanie Travers telah berjaya memenuhi jawatan tersebut. 

 

Pengarah Urusan PLI dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Guiseppe D'Arrigo berkata, "Anda perlu menjadi pemain pasukan kerana kerja anda tidak tertakluk dalam deskripsi pekerjaan," 

 


"Anda akan melakukan semua yang anda boleh, walaupun menyapu lantai jika perlu, untuk memastikan Lewis [Hamilton] dan Valtteri [Bottas] dapat bergerak lebih cepat".

 


"Anda juga perlu bersikap profesional dan cekap bertindakbalas walaupun semasa sesi temu bual. Dengan itu anda perlu mempunyai latar belakang dan pengalaman akademik yang betul."

 

"Selain itu, kami juga mencari semangat yang kental, kerana pekerjaan ini sukar dan menuntut minat yang mendalam kerana anda akan bertugas berjam-jam."

 

"Sekiranya anda mempunyai kesemua komponen yang saya sebutkan di atas, anda berada di tempat yang betul dan berhak menyertai kami"
 

 

Petronas telah menyediakan jurutera bendalir di trek dan bergerak sebagai sebuah pasukan sejak bermula perkongsian dengan Mercedes F1 pada tahun 2010 lagi. Jurutera trek beroperasi di makmal bergerak yang padat untuk menjalankan aktiviti pengujian bendalir semasa sesi Formula Satu dan acara perlumbaan di seluruh dunia. 


Kriteria yang dicari untuk jawatan ini adalah seperti berikut:

 

- Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanik, Kimia atau Automotif (atau yang setaraf), Pendidikan Kimia, Fizik atau pengalaman berkaitan dokumentasi.

- Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja di bidang yang berkaitan.

- pengetahuan umum tentang teknik dan instrumen kimia analitik.

- menunjukkan keupayaan dan bersemangat untuk mempelajari kemahiran baru dengan cepat di tempat kerja.

- pemahaman umum tentang bahan pelincir (enjin dan kotak gear) dan teknologi bahan api.

- membuktikan keupayaan dan semangat berpasukan untuk belajar dengan cepat dan mengadaptasi skil di tempat kerja.

- kemahiran komunikasi yang kuat dan bersikap positif untuk memberi maklumbalas mengikut keperluan dan keutamaan pasukan.

- bermotivasi dan bersemangat untuk mempromosikan petronas dan pasukan F1 kepada tetamu dan rakan kongsi.

- fasih berbahasa Inggeris

 

Untuk memohon peranan, calon yang berminat boleh melayari halaman LinkedIn Petronas Lubricants International atau email [email protected] 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2019.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Minyak enjin premium sintetik penuh dengan spesifikasi perlumbaan ini direka khusus, diuji dan…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo, berkata pandemik…
Berita Global
Menurut naib presiden perniagaan pemasaran hiliran dan juga pengerusi Petronas Lubricants…