Misha Design hadir dengan kit badan baharu untuk Ferrari 488

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat beberapa syarikat penala yang menawarkan kit badan bagi membezakan Ferrari 488 milik anda daripada Ferrari 488 yang turut melata di atas jalan seperti Liberty Walk yang terkenal dengan kit overfender yang lebar dan stance yang menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang inginkan rekaan dan fungsi yang bergerak seiring, sebuah syarikat penala yang digelar Misha Design (bukan Misha Omar) hadir dengan beberapa pilihan naik taraf kepada Ferrari 488. 

 


Antara perubahan yang ditawarkan termasuklah bumper hadapan dan belakang rekaan baharu, pelekat decal kustom, spoiler deck lid dan spoiler belakang. 

Misha Design turut menawarkan rim Strasse SM5R Signature Series bersaiz 20 inci berwarna Tiffany Blue yang hadir dengan lip kemasan hitam berkilat, kombinasi warna mungkin mendatangkan 'pujian' daripada rakan anda yang senget.

 


Penawaran kit badan Misha Design ini tidak menyertakan naik taraf kepada kuasa enjin, bermakna Ferrari 488 anda masih menghasilkan 670 PS dan 760 Nm daya kilas yang mampu memecut dari pegun dalam masa hanya 3 saat sahaja sebelum mencecah kelajuan 100 km/j.