MIROS tandatangani MOU dengan rakan strategik sempena Asean Road Safety Week 2021

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) maya bersama sembilan rakan strategik bersempena pengajuran ASEAN Road Safety Week 2021 berlangsung 17 hingga 23 Mei 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Antara rakan strategik yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama MIROS adalah AR Crash Consultant, Access Idea (M) Sdn Bhd, Terra Drone Tech Malaysia Sdn Bhd, Tritech Sdn Bhd, University of Nottingham Malaysia, Urbanice Malaysia, Zenig Synergy Sdn Bhd, International Road Assessment Programme (iRAP) dan Universiti
Teknologi Brunei.

Berikut merupakan senarai rakan strategik yang telah memeterai MOU bersama MIROS:

1. AR Crash Consultant - menjalankan aktiviti penyiasatan kemalangan, serta membangunkan kaedah pengambilan data yang tersimpan di dalam sistem keselamatan kenderaan.

2. Access Idea (AIM) - rakan MIROS di dalam pembangunan program latihan pensijilan yang dijalankan oleh MIROS.

3. Terra Drone Tech Malaysia (TDMY) - menjalankan penyelidikan dan pembangunan menggunakan unmanned aerial vehicle (UAV) dengan kadar ketepatan sehingga 95 peratus untuk memeta dan memeriksa kawasan kemalangan, serta menilai rekabentuk geometri dan keselamatan kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

4. Tritech Sdn Bhd - memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan produk pengurusan lalu lintas dan keselamatan jalan raya

5. University of Nottingham Malaysia - penyelidikan keselamatan kenderaan dan automotif, terutama EV dan kereta swapandu.

6. Urbanice - perancangan bandar dalam memastikan mobiliti dan jalan raya yang lebih selamat kepada pengguna, dan tidak ketinggalan penganjuran penyelidikan, bengkel dan seminar, serta penilaian dan audit keselamatan infrastruktur.

7. Zenig Synergy Sdn Bhd - mewujudkan kolaborasi membangunkan intervensi dan produk yang mampu mengurangkan impak kemalangan jalan raya terhadap pengguna motosikal, seperti penghadang jalan daripada plastik PVC

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bersempena dengan ASEAN Road Safety Week 2021 (ARSW '21), Bosch telah bekerjasama dengan Institut…