Menurutnya, terdapat situasi sesetengah lori tidak mempunyai laluan alternatif disebabkan kekangan jaringan jalan atau kesesakan.
“Justeru, pendekatan terhadap kenderaan sebegini perlu dibuat secara berasingan dan lebih fleksibel.
“Sekatan fizikal boleh dipasang supaya pemandu lori tahu lebih awal laluan mana yang dibenarkan.
"Namun, terdapat juga kes disebabkan kekurangan penguatkuasaan yang membuka ruang kepada sikap culas segelintir pemandu,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan benar-benar serius untuk menghalang kemasukan lori mengikut had berat dan masa tertentu, sekatan sahaja tidak mencukupi.
Menurutnya, kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian insentif atau ganjaran kepada pengusaha serta pemandu lori yang mematuhi larangan perjalanan, khususnya semasa musim perayaan.
“Pendekatan berasaskan galakan ini dilihat mampu memberi kesan positif berbanding hanya bergantung kepada tindakan menghukum,” katanya.