MIROS - Penggunaan T-Fork tanpa piawaian pada motosikal undang risiko

oleh SALINA JALIL|
Penggunaan T-Fork atau komponen penyambung antara sepit udang dengan pemegang motosikal tidak asli dibuat daripada bahan tidak menepati piawaian asal, boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kenderaan itu.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata komponen T-Fork memerlukan ketahanan tinggi, tetapi kebanyakan alat ganti dijual di pasaran tidak mempunyai persijilan sah dan mungkin tidak menepati piawaian.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Nahas jalan raya membabitkan motosikal menjadi kes tertinggi di Malaysia berbanding kenderaan lain dan antara faktornya disebabkan pengubahsuaian tidak menepati piawaian asal kenderaan itu.

"Hasil analisis MIROS menunjukkan statistik kemalangan sendiri membabitkan motosikal sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal di Malaysia," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal wanita Jumaat lalu di Bera, Pahang dan siasatan awal polis mendapati nahas berlaku apabila komponen T-Fork ditukar kepada jenis aluminium patah secara tiba-tiba.

Khairil Anwar berkata, MIROS tidak menyokong aktiviti pengubahsuaian motosikal seperti menukar sepit udang, saiz tayar motosikal tidak sesuai, ekzos motosikal dan tidak memasang brek belakang motosikal.

 

"Sebarang pengubahsuaian bagi tujuan berlumba, perhiasan (penambahan aksesori) atau lain-lain tujuan melanggar undang-undang jalan raya di Malaysia dan penggunaan komponen motosikal tidak menepati piawaian boleh memudaratkan penunggang serta pengguna jalan raya lain," katanya.

 

miros

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…