MIROS nafi dakwaan laporan media sosial berkenaan "Halaju 60 km/j motosikal selamatkan nyawa"

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MIROS menafikan laporan satu blog di bawah tajuk “Had laju motosikal 60 km/j selamatkan nyawa - Mitos terbukti karut!”.

Laporan di dalam blog tersebut mendakwa MIROS telah membuat kesimpulan bahawa kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal akan turun jika had laju motosikal yang lebih rendah dikenakan.

Blog itu memetik maklumat melalui kertas jurnal pada tahun 1999 bertajuk “Fatal Injuries in Malaysian Motorcyclists” yang ditulis oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia dan diterbitkan oleh International Medical Research Journal. 

Di dalam kertas jurnal itu, ada dinyatakan bahawa majoriti (35.1%) kematian akibat nahas melibatkan penunggang motosikal berlaku di jalan raya yang had lajunya 70 km/j, diikuti dengan 24.3% kematian berlaku di jalan raya yang had lajunya 50 km/j.

Konteks ayat tersebut hanya menyatakan statistik kemalangan melibatkan penunggang motosikal berdasarkan had laju jalan tersebut.

Namun, tiada dinyatakan di dalam kertas jurnal itu dengan menurunkan had laju motosikal, ia boleh mengurangkan kemalangan.
 

 

Semua pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal perlu mematuhi kelajuan seperti yang ditetapkan oleh had laju bagi setiap jalan, sama seperti kenderaan-kenderaan yang lain.

Hal ini boleh mengurangkan risiko perbezaan kelajuan yang mana akan mengakibatkan impak yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan.

Perlu dinyatakan juga bahawa MIROS hanya ditubuhkan pada tahun 2007 dan pernyataan kajian MIROS pada tahun 1999 tersebut adalah tidak benar.

Dakwaan bahawa penyelidikan ini digunakan oleh MIROS bagi mempromosi penurunan had laju motosikal pada masa itu juga adalah tidak benar.

Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan jabatan/agensi dibawahnya masih di dalam peringkat untuk meneliti beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya secara komprehensif terutamanya yang melibatkan motosikal bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Maklumat lanjut mengenai perkembangan kajian dan pelaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MIROS menggalakkan input dari orang ramai berhubung cadangan dan maklum balas bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di negara kita.

Sementara itu, pengguna jalan raya disaran untuk terus menunggang dan memandu secara berhemah dan mengamalkan sikap bertoleransi diantara satu sama lain. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…