MIROS: Laluan motosikal wajar dipisahkan dengan kenderaan lain

oleh SALINA JALIL|
Penggunaan lorong kecemasan oleh motosikal adalah satu kesalahan yang menyalahi undang-undang jalan raya namun dalam keadaan tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu berkaitan keselamatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata umum mengetahui lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan pihak berkuasa sekiranya ada berlaku hal kecemasan selain ruang untuk pengguna lebuh raya berhenti sekiranya kenderaan mereka rosak.

 

"Menurut undang-undang, memang menjadi satu kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan oleh mana-mana kenderaan termasuklah motosikal dan boleh dikenakan tindakan.

 

"Bagaimanapun, dalam konteks keselamatan, adalah lebih baik memisahkan kenderaan lain yang lebih besar seperti kereta atau kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal.

 

"Justeru penunggang motosikal digalakkan menunggang di sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan," katanya. 

Katanya, membenarkan motosikal menggunakan lorong kecemasan boleh dianggap sebagai penyelesaian sementara dalam situasi tertentu, contohnya di lebuh raya yang mengalami kesesakan trafik, namun penunggang motosikal tidak sepatutnya menganggap laluan kecemasan itu adalah milik mereka.

 

"Kita masih meneliti perkara ini kerana masih wujud risiko lain seperti kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan.

 

"Penunggang motosikal juga harus mematuhi undang-undang yang sudah dimaktubkan bahawa tiada kenderaan boleh menggunakan lorong kecemasan dan sekiranya ada keperluan untuk menggunakan lorong kecemasan, mereka perlu menggunakannya secara berhemah," katanya.

 

Menurut Khairil Anwar, penunggang motosikal sewajarnya mematuhi undang-undang asas semasa menunggang motosikal termasuk memakai topi keledar dengan sempurna, memakai pakaian keselamatan yang bersesuaian termasuk kasut. Mereka juga seharusnya memikirkan bahawa sebuah motosikal yang mempunyai fungsi brek yang lebih baik seperti ABS akan dapat membantu mengelak kemalangan.

 

"Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan, dan dalam masa sama mereka perlu mematuhi had laju yang ditetapkan serta peka dengan situasi di laluan itu.

 

"Ini kerana kita kerap mendengar berlaku kemalangan membabitkan motosikal dengan kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak atau ada kenderaan lain yang tiba-tiba menukar laluan dan masuk ke lorong kecemasan.

 

"Perkara ini boleh dielakkan sekiranya penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan dengan berhati-hati. Lorong kecemasan bukanlah laluan khas motosikal," katanya.

 

 

- Kebiasaan di negara kita, apabila kisah viral dan panas terjadi maka pelbagai pihak berwajib akan mengeluarkan kenyataan tetapi apabila berita tersebut semakin 'sejuk', maka segala kenyataan dan tindakan juga turut 'terbeku' sehingga satu lagi cerita dan kisah viral yang berlaku -

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…