MIROS harap kes kemalangan maut kerana mabuk mampu capai angka sifar

oleh SALINA JALIL|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berharap penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 mampu mencapai sifar kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.


Ketua Pengarahnya, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata bagi mencapai harapan itu, pihaknya akan menjalankan lebih banyak runding cara kepada pengguna jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Pihak MIROS mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana ia menunjukkan kesungguhan mereka dalam menangani isu berkaitan jalan raya dengan pindaan akta berkenaan.

 

"MIROS berharap kemalangan disebabkan pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bukan saja berkurang, malah terus kepada sifar," katanya ketika dihubungi semalam.

 

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk, berbahaya dan di bawah pengaruh dadah akan dikuatkuasa mulai hari ini.

 

Pindaan itu membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan yang membabitkan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu.

 

miros
Dr Khairil Anwar Abu Kassim

 

Pada masa sama, Khairil Anwar berkata, dalam memastikan kejayaan dalam merealisasikan sifar kes itu, peranan masyarakat adalah sangat besar.

 

Beliau berkata, MIROS bersama Kementerian Pengangkutan dan agensi lain akan bekerjasama dalam menyampaikan mengenai perkembangan terkini berhubung penguatkuasaan akta berkenaan.

 

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, penguatkuasaan undang-undang yang diperketatkan itu berupaya menjadi asas ke arah menjadikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati di negara ini.

 

Beliau berkata, kerajaan harus memainkan peranan menyedarkan pengguna jalan raya kewujudan undang-undang yang diperketatkan itu bagi memastikan kejayaannya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja…
Berita Domestik
  Satu lagi kemalangan membabitkan seorang petugas ambulans yang sedang memberikan bantuan…
Berita Domestik
Di bawah akta baharu itu menyaksikan lapan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga…