MIROS gesa larang penjualan aksesori berisiko maut

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa supaya diwujudkan satu peraturan melarang penjualan aksesori kenderaan yang mampu mendatangkan risiko maut apabila berlaku kemalangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, sehingga kini penjualan aksesori kereta tertentu seperti penyambung tali keledar adalah dibenarkan berikutan tiada undang-undang yang mengawal penjualannya di pasaran. 

"Peralatan ini tidak pernah 'tidak sah' dan ia boleh dijual di pasaran walaupun di kedai serbaneka, sedangkan jelas ia amat berbahaya jika digunakan pemandu kenderaan.

"Justeru, saya berasakan perlu diwujudkan satu undang-undang yang boleh mengawal atau menyekat penjualan aksesori kenderaan yang berbahaya kepada pengguna," katanya kepada BH, di sini.

Khairil berkata, pihaknya juga bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membabitkan aspek penguatkuasaan.

Bagaimanapun, katanya, tindakan penguatkuasaan mungkin boleh dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan aksesori ini tidak dijual sewenang-wenangnya di pasaran.

"Dari segi undang-undang ia memang perlu namun mungkin mengambil sedikit masa. Namun, untuk masa terdekat ini, mungkin kita akan melakukan pertemuan dengan KPDNHEP bagi membincangkan isu ini," katanya.
 

 

Sementara itu, tinjauan BH di beberapa portal beli-belah dalam talian mendapati, aksesori penyambung tali keledar itu dijual pada antara RM3.80 hingga RM25 tertakluk kepada jenis dan model.

Penjualan penyambung tali keledar ini bukan sahaja dikendalikan oleh penjual tempatan, malah ada juga stok diperoleh dari luar negara dengan ada jualan mencecah hampir 300 unit.

Ada juga penyambung tali keledar yang diperbuat daripada aloi zink ini dijual berdasarkan logo model dan jenama kenderaan popular bagi memberi lebih pilihan kepada pembeli.

Lebih memeranjatkan, berdasarkan keterangan penjual, penyambung tali pinggang keledar ini didakwa adalah sebagai satu aspek keselamatan kenderaan dan menjamin kawalan keselamatan terbaik buat pengguna.

Antara ciri lain yang dipaparkan ialah, ia mudah dipasang, mampu 'mematikan' bunyi peringatan memasang tali keledar dan bersifat universal yang bersesuaian dengan 99 peratus model kenderaan di pasaran.

Aksesori dummy buckle atau alat nyah aktif penggera tali keledar yang dijual di pasaran secara berleluasa ketika ini adalah produk 'ciplak'.

Alat berkenaan yang kini dijual serendah RM2 di kedai serbaneka atau portal beli-belah dalam talian itu sebenarnya direka dan dipasarkan untuk kegunaan individu berbadan saiz besar.

Bagaimanapun, ia kini disalah guna untuk tujuan 'mematikan' penggera tali keledar kenderaan, sekali gus berupaya mengundang risiko ketika kemalangan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…