MIROS dan Nissan memeterai Memorandum Persefahaman untuk meningkatkan ciri-ciri teknologi maju

oleh SALINA JALIL|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bersama Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd., (NMAP) telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan tujuan menjalankan kolaborasi penyelidikan bagi meningkatkan ciri-ciri teknologi maju, khususnya ciri-ciri keselamatan aktif dan keselamatan pasif dalam kenderaan Nissan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kajian kolaborasi ini adalah selari dengan empat teras dalam fasa pertama Protokol Baharu Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) bagi tahun 2021-2025 iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS). 


MIROS dan NMAP akan bersama-sama mengkaji keberkesanan dan perspektif pemandu terhadap ciri-ciri tersebut di dalam kenderaan Nissan.


Sebagai sebahagian daripada kolaborasi penyelidikan, NMAP menyumbangkan sebanyak RM255,000.00 kepada projek penyelidikan ini yang membolehkan MIROS memperolehi dua buah kenderaan Nissan, iaitu model Nissan Serena dan Nissan Navara. 


Kedua-dua buah kenderaan ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan objektif projek dan menyokong penghasilan kenderaan yang lebih selamat di rantau ASEAN. 
 

 

Adalah diharapkan agar kolaborasi penyelidikan antara MIROS dan NMAP akan berterusan dan membantu untuk memenuhi keperluan pengguna jalan raya selari dengan teknologi maju seperti yang digariskan di dalam ASEAN NCAP Roadmap 2021-2025 ke arah menghasilkan kenderaan yang lebih selamat bagi pengguna jalan raya.


Nissan Motor Asia Pacific telah ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada tahun 2011 sebagai anak syarikat Nissan Motor Co., Ltd., untuk bertindak sebagai ibu pejabat bagi pemasaran dan penjualan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), strategi monozukuri (perolehan, pembuatan dan pengurusan rantaian pembekal), perancangan produk, pengurusan perniagaan dan kawalan kewangan. 


Pusat Ujian R&D NMAP bertujuan untuk meningkatkan ujian penilaian fasa pembangunan produk bagi prototaip percubaan.


Majlis Penyerahan Nissan Serena ini diadakan secara ringkas di MIROS dan dihadiri oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah MIROS, serta ahli Pengurusan MIROS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…