MIROS bina litar ujian teknologi MT3 di Sepang, dijangka siap hujung tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Siang tadi berlangsungnya majlis pecah tanah bagi pembinaan litar ujian MIROS Technology Test Track (MT3) bertempat di Sepang yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Litar sepanjang 1 km ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian keselamatan aktif dan pasif kenderaan di rantau Asia Tenggara dan Malaysia secara khususnya.

Ia bakal menelan belanja sekitar RM10 juta dan akan menempatkan blok-blok pejabat operasi MIROS, makmal serta litar pembuktian bagi menguji ciri keselamatan pasif dan aktif, serta medan ujian untuk infrastruktur jalan raya seperti produk penghadang keselamatan.
 

MT3


Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, YBrs. Profesor Dr. Wong Shaw Voon berkata, "dengan adanya litar uji tersebut, perancangan dan penilaian di dalam bidang keselamatan jalan raya terutama berkaitan aspek keselamatan kenderaan dapat dioptimumkan.

Ujian yang dijalankan di MIROS MT3 ini dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu:
-Bantuan Keselamatan Kenderaan Penumpang seperti ESC, sistem pengesanan titik buta (BSD), brek kecemasan autonomi (AEB) dan ABS
-Ujian Kenderaan Komersial merangkumi prestasi brek, speedometer, kelengkapan stereng
-Ujian motosikal seperti prestasi brek dan tayar
-Ujian infrastruktur jalan raya

Sementara itu, Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, pembinaan litar ujian ini adalah selari dengan pelantikan MIROS sebagai pusat keselamatan jalan raya ASEAN yang berperanan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya di kalangan anggota ASEAN.

Dengan adanya litar MIROS MT3 ini dapat menarik pihak swasta dan agensi-agensi yang berkaitan terutama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bekerjasama dengan MIROS dalam melaksanakan pengujian kepada kenderaan bagi proses kajian, penyelidikan dan tujuan penilaian, demi memastikan kenderaan yang berada di pasaran adalah kenderaan bertaraf lima bintang dan selamat untuk digunakan.

 

MT3


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, YBhg Dato' Razali bin Mohamad;  Ketua Pengarah MIROS, YBhg Dato' Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, YBhg. Dato' Zailani Hj Hashim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, YBhg. Dato' Haji Abdul Hamid bin Hussain.

Hadir bersama adalah tetamu kehormat daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), agensi kerajaan, syarikat konsesi lebuh raya, Shell, PETRONAS Lubricants, BOSCH, serta wakil-wakil industri automotif.

Dalam majilis yang sama, turut diadakan Penyerahan Watikah Lantikan kepada empat orang Ahli Lembaga Pengarah MIROS baharu iaitu:
-YDH CP Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman
-YBhg. Datuk Haji Azman bin Ismail, Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad
-YBrs Encik Antony Lee Fook Weng, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia
-YBrs Puan Allen Hwn Yaul Len, Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…