MIROS bekerjasama dengan PLUS untuk menguji sistem MCAS

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Setelah menghasilkan prototaip dan melalui beberapa fasa percubaan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dikatakan telah bersedia untuk menguji sistem ciptaannya, Motorcycle Collision Avoidance System (MCAS) dalam suasana jalanan sebenar.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Projek itu melibatkan usahasama PLUS Malaysia dimana orang awam akan diberi peluang untuk menawarkan diri bagi menguji sistem tersebut.

MIROS telah meletakkan beberapa set soalan dan kriteria yang diperlukan untuk melayakkan orang awam menguji sistem tersebut, dengan harapan untuk mengumpul maklumat berkaitan cara menunggang setiap orang dan keselamatan di jalan raya.

 

MIROS

 

Tawaran itu terbuka untuk pengunggang motosikal yang menggunakan lebuh raya dalam perjalanan harian di sekitar kawasan Lembah Klang, Kedah dan Penang.

Pada kenyataan MIROS sekitar awal tahun 2021, sistem MCAS itu mampu mengesan kelajuan kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada pengunggang untuk mengelak pelanggaran.

MIROS turut berkata bahawa kos untuk menghasilkan sistem itu adalah rendah dan boleh dipasang pada mana-mana model motosikal, mereka yang berminat untuk sertai ujian ini boleh mengisi borang dari MIROS.

 

Sumber: paultan.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sistem ini akan menggunakan teknologi penderia pergerakan yang akan mengesan kehadiran kanak-kanak…
Berita Domestik
Sehingga kini, MyMAP telah menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan buah model…
Telah Diuji
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…