MIROS bangunkan sistem MyCINTA, bantu kesan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
MIROS telah membangunkan satu sistem prototaip MyCINTA (MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System) yang dapat mengesan dan memberikan amaran tentang kehadiran kanak-kanak di dalam kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem ini akan menggunakan teknologi penderia pergerakan yang akan mengesan kehadiran kanak-kanak setelah enjin dimatikan, dan seterusnya menghantar pemberitahuan kepada pemandu/orang hubungan kecemasan menerusi panggilan telefon atau SMS.

Kandungan SMS tersebut akan menyertakan sekali koordinat lokasi kenderaan bagi memastikan kanak-kanak yang terperangkap itu segera ditemukan dan diselamatkan.

Selain itu, sistem MyCINTA ini akan mengaktifkan mekanisme tindak balas pertama dengan menurunkan tingkap kenderaan, serta menyalakan lampu amaran bahaya secara automatik untuk menarik perhatian orang awam di sekeliling.
 

mycinta


Hon juga akan turut dibunyikan, dan amaran berbentuk visual teks (BAHAYA/HELP) akan dipaparkan menerusi paparan lampu LED.

Berdasarkan ujian dalam dunia sebenar, MyCINTA ini dapat mengurangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak dengan tempoh tindak balas secepat 45 saat hingga tiga minit pengaktifan sepenuhnya.

Menurut pemangku Ketua Pengarha MIROS, Ir. Ts. Azhar Hamzah menjelaskan sistem prototaip MyCINTA ini memiliki potensi besar untuk membantu menyelamatkan nyawa terutama kes kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

"Kami berharap agar pemain industri dan pemegang taruh lain dapat menyokong kami dalam usaha membawa inovasi MyCINTA ini ke peringkat seterusnya.