Miros - Bahaya baiki kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pengguna lebuh raya disaran agar tidak cuba membaiki kenderaan rosak di lorong kecemasan, sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.


Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh berkata, cubaan membaiki kenderaan atau menukar tayar pada lorong kecemasan di lebuh raya adalah amat berbahaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungilah mereka untuk mendapatkan bantuan serta mengelakkan kehilangan nyawa. Jika tiada dalam simpanan telefon, nombor pengendali lebuh raya boleh diperoleh melalui carian Google.

 

"Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan rosak ke kawasan rehat berhampiran selain semua penumpang perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan," katanya dalam kenyataan.

 

Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya agar mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite, pada 18 Disember lalu.

Kemalangan ngeri itu membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam.

 

 

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang juga mekanik.

 

Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripada kenderaan itu mengalami kerosakan.

 

Suret berkata, kenderaan rosak perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan 'segi tiga pantul cahaya' atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan selain menggunakan lampu suluh bagi tujuan itu.

 

"Ini bagi membolehkan pemandu lain dapat melihat kenderaan rosak yang diletakkan di lorong kecemasan.

 

"Pengguna lebuh raya dicadangkan supaya menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan pada waktu malam jika berlaku kerosakan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…