Sejak penubuhan MIROS dari tahun 2007 sebagai sebuah institusi penyelidikan kebangsaan oleh kerajaan, matlamat utama MIROS tidak lain adalah untuk memperkenalkan intervensi keselamatan jalan raya yang berasaskan bukti bagi
mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia.
Ini pastinya menyuntik lagi semangat kepada seluruh warga MIROS untuk bersamasama Ketua Pengarah MIROS bagi menyumbang bakti dan berkhidmat kepada negara terutamanya di dalam ruang lingkup keselamatan jalan raya di Malaysia.
“APM sememangnya dekat di hati masyarakat, tugas dan peranannya dalam membantu orang awam amat lah besar. Jaringan sedia ada APM di peringkat sekolah rendah, menengah, dan Institusi Pengajian Tinggi dapat dipertingkatkan lagi di antara MIROS dan APM agar ia boleh dimanfaatkan dalam memberikan sumbangan untuk menjayakan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya.” Kata Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim.
Jalinan kerjasama MIROS dan APM akan diperkukuh dengan meneroka dan memperluas peluang dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini melalui kepelbagaian skop keselamatan jalan raya yang lebih besar.