MIROS akan nilai Axia baharu berikutan isu pemalsuan data ujian keselamatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan bertemu dengan Perodua bagi menjalankan penilaian ke atas model Axia baharu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di dalam ujian keselamatan bagi empat buah model kenderaan, termasuk Axia baharu.

Daihatsu dikatakan tidak mematuhi sebahagian ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk 88,000 kereta kecil, termasuk 11,800 Perodua Axia baharu yang dijual di Malaysia.

Menurut laporan Malaysiakini, pengerusi MIROS, Wong Shaw Voon berkata institut itu mahu meneliti dakwaan Perodua bahawa kereta Axia barunya selamat untuk dipandu dan tidak terjejas oleh isu itu.

 

2

 

Menurut laporan Reuters beberapa hari lepas, Toyota Motor Corp memberitahu bahawa kemasan pintu pada kenderaan terjejas telah diubah suai dengan "notch" untuk meminimumkan risiko dalam ujian.

Perkara itu menyebabkan bahagian dalam pintu boleh pecah dengan tepi tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.

Berikutan isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata bahawa Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dilakukan.

Menurut beliau, walaupun pendedahan mengenai isu "ketidakaturan prosedur" itu, pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia masih utuh.

 

Sumber: Malaysiakini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, MyMAP telah menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan buah model…
Telah Diuji
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…
Berita Domestik
  “MIROS bertanggungjawab mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan laporan dapatan kesemua…