Mirage kembali ganas

oleh HEZERI SAMSURI|
 Hatchback kompak Mitsubishi, Mirage bakal kembali menjulang konsep yang lebih agresif dari keadaan sekarang yang lebih lemah-gemalai.

Menurut sumber media Jepun, Mitsubisi mensasarkan Mirage baharu akan menjadi saingan kepada Suzuki Swift.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin yang bakal digunakan pula kemungkinan besar sebuah enjin 3-silinder 900cc turbo dengan 94 hp dan enjin 1,500 cc 4-silinder turbodiesel.

Ini selari dengan pengumuman awal di mana Mitsubishi akan menggunakan platform CMF-B dari Renault-Nissan. 

Platform itu turut akan digunakan tahun hadapan untuk Nissan Juke dan Renault Clio baharu.

Dari segi rekabentuk, Mirage baharu akan lebih menghampiri konsep dari model Colt Ralliart sebelum ini dan juga Lancer Evolution.

Careta merasakan Mirage agresif ini akan muncul tahun hadapan. Ini adalah satu berita gembira kerana Mitsubishi mahu kembali ke zaman-zaman Mirage Cyborg mereka. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…