Minyak pelincir terbaharu Shell Helix HX8 0W 20 dengan Flexi Molecule dengan harga RM53.90 (seliter) dan RM199 (4 liter)

oleh SALINA JALIL|
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden pada hari ini.

Ia merupakan pilihan yang lebih bijak bagi mereka yang ingin menikmati jarak perbatuan yang lebih serta segala kebaikan minyak enjin sintetik sepenuhnya yang tulen dari Shell. Tiada keraguan dan telah terbukti dengan jenama Shell ini kerana ia merupakan pembekal pelincir nombor satu dunia sepanjang 12 tahun yang lalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Shell Helix HX8 0W 20 baharu menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk.  

 

Dengan Teknologi Flexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan cara dan keadaan pemanduan. Shell juga mendakwa bahawa pemilik kenderaan akan dapat menikmati jangka hayat enjin yang lebih panjang, pengguna bahan api lebih rendah, selang masa penukaran minyak yang lebih panjang dan kos penyenggaraan yang lebih rendah.

 

 

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata Shell sentiasa membangunkan produk inovatif yang memenuhi keperluan pasaran yang kian berubah.

 

“Kini minyak pelincir berkelikatan rendah semakin menjadi pilihan di seluruh dunia di mana banyak syarikat pengeluar kereta telah bertukar kepada produk-produk gred kelikatan rendah bagi penggunaan pertama kereta yang dikeluarkan dari kilang mereka serta untuk kegunaan servis.


“Shell Helix HX8 baharu menawarkan prestasi premium minyak enjin sintetik sepenuhnya pada harga yang berpatutan supaya pemilik kereta dapat memberikan yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” ujarnya.
 

 

Shell Helix HX8 0W 20 baharu boleh didapati pada harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya membuat pembelian dari cawangan-cawangan yang sah bagi memastikan ketulenan produk.  Sebagai rujukan setiap pek jualan minyak pelincir keluaran Shell mempunyai  label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ bagi memastikan ia bukan produk tiruan.

 

Shell Helix HX8 0W 20 ini diperkenalkan selepas dua lagi varian Shell Helix HX8 berada di pasaran, iaitu 5W 40 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM180 bagi pek 4 liter). Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ ini kini didatangkan dengan label ‘skyline’ baharu yang menarik.


Sempena pelancaran tersebut, Shell Malaysia menawarkan potongan sebanyak MR25 bagi mana-mana pembelian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2019.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…