Minyak pelincir Shell Rimula dengan spesifikasi industri API CK-4 dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia telah memperkenalkan minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) Shell Rimula R6 LM sintetik sepenuhnya dan R5 LE teknologi sintetik yang baru diformulasikan dengan spesifikasi minyak enjin American Petroleum Institute (API) CK-4 terbaru di pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan pengenalan minyak enjin diesel tugas berat yang mematuhi piawaian API CK-4 terbaru, ia sesuai untuk sektor fleet dan pengangkutan yang sangat berdaya saing di mana syarikat-syarikat menghadapi tekanan bagi mencapai tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi terhadap minyak pelincir serta meminimumkan jumlah kos operasi.

Produk utama terbaru Shell Rimula R6 LM dengan API CK-4 menggabungkan minyak asas sintetik sepenuhnya dengan 'PurePlus Technology’ dan ‘Adaptive Additive Technology'.
 
Kedua-duanya Shell Rimula R6 LM dan R5 LE berkeupayaan mengawal pengoksidaan dan enap cemar yang sangat baik untuk mencegah penebalan minyak dan deposit berbahaya di semua kawasan enjin, menghasilkan piston lebih bersih.

Pelincir ini juga menawarkan kelikatan dan kestabilan permukaan untuk melindungi enjin dengan lebih baik walaupun pada suhu dan tekanan yang tinggi.
 
Kesemua ini membawa kepada selang masa penggantian pelincir yang lebih lama, tahap penggunaan ekonomi minyak yang lebih baik dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

 


"Teknologi enjin diesel nyata telah berkembang dengan pesat dalam tempoh 40 tahun, didorong oleh pengetatan undang-undang pelepasan dan peningkatan perhatian daripada pelanggan terhadap kecekapan, kebolehan dan mengurangkan jumlah kos pemilikan," kata May Tan, Pengurus Besar Pemasaran - Malaysia / Singapore, Shell Lubricants.
 
Beliau menambah, "Minyak enjin Shell Rimula dengan API CK-4 yang baru direka khas untuk memberikan tahap operasi enjin yang cekap dan perlindungan yang lebih baik."
 
Minyak Shell Rimula dengan API CK-4 menggantikan minyak CJ-4, dan bersesuaian dengan semua kenderaan semasa, disamping memberikan manfaat untuk kedua-dua teknologi enjin yang baru dan lama. 
 
Minyak pelincir Shell telah menjalani lebih daripada 64 juta kilometer ujian dunia nyata - iaitu sama dengan memandu lebih dari 1,500 kali di seluruh dunia bagi menunjukkan prestasi minyak enjin diesel tugas berat generasi seterusnya yang mencapai spesifikasi CK-4 tanpa menjejaskan sifat minyak atau perlindungan.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah UrusanShell Lubricants Malaysia & Singapura, Nyon Kam Yew menyatakan keyakinan Shell…
Berita Domestik
Menerusi kempen #HeroKami yang telah dijalankan, Shell Rimula telah berjaya mengedarkan kira-kira…
Berita Domestik
  Minyak enjin teknologi sintetik Shell Rimula R5 LE amat sesuai bagi penyelenggaran enjin diesel…