Minyak Pelincir MOL Kini di Pasaran Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Dalam usaha meningkatkan keberadaan minyak pelincir MOL di Asia, jenama yang berasal daripada Eropah ini telah mengadakan kerjasama bersama pengedar Oily Lubricants Malaysia Sdn. Bhd. untuk menembusi pasaran di Malaysia.

Minyak pelincir premium ini akan berada di industri pasaran Malaysia bermula September 2022 yang akan meliputi sektor pengangkutan, pertanian, jenama dan entity perkhidmatan pengeluaran automotif dan seumpamanya. 

Semua produk akan disediakan melalui rangkaian pengedar di seluruh tempat yang ada. 
 

MOL


Matlamat produk ini adalah untuk mewujudkan keberadaannya di Malaysia dalam jangka masa panjang dengan kekuatan rangkaian pengedar dan bengkel di seluruh negara. Menjelang September, hampir 100 acara akan adakan untuk mempromosikan jenama ini dan menjadikan ia sebagai minyak pelincir pilihan ramai.

Secara dasarnya, prestasi minyak pelincir MOL merupakan antara 800 produk berkualiti tinggi terhadap kereta, motosikal, kenderaan komersial, pertanian dan industri mesin.

 

MOL


Kemajuan formula yang dihasilkan oleh MOL memberikan prestasi yang tinggi dan perlindungan yang luar biasa terhadap kakisan dan kehausan serta menjadikan komponen kenderaan lebih tahan lama.

Malah peningkatan kos pembuatannya memberikan penambaikan terhadap minyak tersebut dan dapat mengurangkan lagi kos penyelengaraan terhadap sesebuah kenderaan.

Disamping itu, semua bahan dan produk yang digunakan telah menepati syarat piawaian automotif  terkini dan spesifikasi pengeluar kilang (OEMs).
 

MOL


Maka minyak pelincir MOL dijamin akan memberikan tahap prestasi dan kualiti yang tinggi kepada pengguna.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…
Informasi
  Produk pertama dalam segmen hijau itu dilancarkan bersempena majlis Persidangan dan Pameran…
Informasi
  Kes penipuan di mana minyak pelincir enjin dan penapisnya tidak diganti semasa kenderaan…