Minyak 4T Sintetik Penuh Shell Advance Long Ride kini dalam pek 1.2L, RM68.80

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd mengumumkan minyak enjin motosikal Advance Long Ride 10W40 kini boleh didapati dalam pek 1.2L baharu, dengan harga RM68.80.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shell Advance Long Ride merupakan minyak enjin motosikal 4T sintetik sepenuhnya dengan PurePlus Technology - teknologi pemprosesan yang dipelopori oleh Shell untuk mendapatkan minyak asas 99.5 peratus asli yang sangat jernih daripada gas asli.

Minyak ini diproses untuk memberikan daya tahan yang lebih tinggi ketika pemanduan jarak jauh sehingga 6,000 km tanpa menjejaskan prestasi dan perlindungan enjin.

Shell Advance Long Ride juga dirumus dengan Active Cleansing Technology untuk mengekalkan kebersihan enjin, serta menjadikan operasi enjin tanpa masalah dan tahan lebih lama terutama untuk perjalanan jauh, selain penggunaan minyak yang rendah.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew, kebanyakan motosikal moden kini memerlukan minyak enjin sebanyak 1.2 liter bagi memastikan prestasi dan perlindungan enjin yang optimum.
 

shell


“Shell Advance Long Ride dengan pek baharu 1.2 liter bukan sahaja dapat memenuhi keperluan ini malah turut menawarkan beberapa manfaat lain. Pertama, anda tidak perlu membuat pembelian secara kerap dan ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda.

"Kedua, ia memastikan motosikal anda mendapat jumlah pelincir yang tepat dan diperlukan bagi prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik. Ini menjadikan motosikal lebih mudah diselenggarakan dan juga lebih efisien,” beliau berkata.

Minyak enjin motosikal Shell Advance Long Ride 10W 40 dalam pek baharu 1.2 liter telah dilancarkan baru-baru ini di sebuah bengkel motosikal yang popular di Sentul.  

Setiap pembelian yang dibuat semasa pelancaran melayakkan motosikal untuk mendapat pemeriksaan minyak secara percuma.  Para pelanggan juga telah berpeluang menyertai pelbagai permainan dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik termasuk jaket berjenama Ducati dan tiket untuk menonton MotoGP Malaysia 2023 yang akan datang.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web INI