MINI tidak lagi menawarkan opsyen upholsteri kulit untuk model akan datang

oleh Mohamad Hanif|
MINI merupakan antara jenama automotif yang bakal menghentikan penawaran penggunaan upholsteri kulit untuk model-model kenderaan akan datang sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menjadi sebuah jenama yang lebih lestari.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Malah, mereka kini sedang meneroka cara untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar tanpa mengorbankan sentuhan 'MINI' seperti yang ditawarkan sebelum ini.

Menurut ketua unit rekaan MINI Oliver Heilmer memberitahu Autocar, "kami tidak memerlukan lagi bahan kulit, ini kerana kami percaya kita akan mampu menawarkan produk moden dan bernilai tinggi tanpa kehadiran kulit.

Ini merupakan satu permulaan buat MINI, di mana pada ketika ini mereka menggunakan bahan fabrik yang dikitar semula 100 peratus, sementara bahan lining pula adalah 70 peratus daripada bahan kitar semula.

 


Walaupun MINI semakin bergerak ke arah jenama yang lebih mesra alam dengan jejak karbon yang minima untuk setiap model, ketua unit rekaan tersebut tetap mahu mengekalkan warisan dan elemen jenama tersebut yang 'menjadikan model MINI, sebuah MINI'.

Ini termasuklah mengekalkan elemen pemanduan yang tulen dan menyeronokkan, ini kerana menurut Heilmer lagi, "penggunaan yang memudahkan, pemanduan yang menyenangkan akan kekal bertahan."

Samalah juga halnya dengan varian John Cooper Works, beliau tetap mahukan jenama ikonik itu untuk terus kekal dan bertepatan dengan misi mereka.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mini JCW buka bumbung atau convertible pula sedikit perlahan iaitu 6.4 saat dan dan boleh…
Telah Diuji
Hadir sebagai generasi kedua, The New All-Electric MINI Cooper menampilkan prestasi dan jarak gerak…
Kereta
MINI Countryman SE ALL4 adalah permulaan era baharu model MINI Countryman dalam elektrifikasi yang…