MINI Ride - beri pengalaman unik berbasikal bersama MINI Countryman Plug-In Hybrid

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk memberikan pengalaman unik pemanduan MINI Countryman Plug-In Hybrid, Auto Bavaria baru-baru ini menganjurkan program berbasikal tertutup - The Auto Bavaria MINI Ride.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang diadakan berdasarkan jemputan terhad ini membolehkan para peserta merasai pengalaman berbasikal yang dibantu dengan MINI Countryman Plug-In Hybrid sama seperti perlumbaan berbasikal berbilang peringkat antarabangsa. 

Program ini bermula pada awal pagi dengan perjumpaan para peserta di sekitar pusat pameran Auto Bavaria Lembah Klang dan perjalanan dimulakan dengan mengangkut basikal peribadi masing-masing menuju ke Plaza Batai, Damansara Heights.

 


Pemanduan dalam bandar ini sedikit sebanyak memberikan impresi pemanduan MINI Countryman Plug-In Hybrid yang baik - bermula dari pengendalian dan pemanduan yang premium, prestasi, ambien serta praktikaliti yang ditawarkan. 

Setibanya di lokasi permulaan, para peserta diberikan sedikit santapan tenaga sebelum memulakan acara berbasikal dari Plaza Batai menuju ke TTDI Park. 

Di pit stop TTDI Park, para peserta diberikan peluang untuk merasai pengalaman pecutan MINI sepanjang 1 km sebelum mereka berbasikal pulang kembali ke kafe Yellow Brick Road. 
 


MINI Countryman Plug-In Hybrid menawarkan jarak operasi sejauh 42 km di dalam mod pemanduan elektrik, dengan jarak pemanduan yang mampu mencecah 500 km dengan sekali tangki penuh. 

Manakala untuk kemudahan para pengguna, MINI Countryman Plug-In Hybrid turut boleh dicas kembali menggunakan soket konvensional 230 voltan atau mana-mana pusat pengecasan kenderaan elektrik. 

Auto Bavaria bakal menganjurkan aktiviti MINI Ride yang serupa dalam masa terdekat, dan untuk mengambil bahagian dan maklumat lanjut, anda perlu berkunjung ke mana-mana pusat pameran Auto Bavaria yang terdekat.