MINI Recharge Roadshow bawakan pelbagai tawaran menarik!

oleh Mohamad Hanif|
MINI Malaysia, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia mempelawa para peminat MINI untuk memberikan nafas kepada minat mereka terhadap kehidupan dan pengembaraan di MINI Recharge Roadshow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MINI Recharge Roadshow menjanjikan pengalaman yang menarik dengan kenderaan MINI Countryman Sports dan MINI Countryman Plug-In Hybrid Baharu, kedua-duanya dilancarkan pada bulan April tahun ini sebagai ikon terbaharu Kenderaan ‘Sports Activity’ premium daripada MINI.
 

Tawaran jerayawara lain yang eksklusif boleh direbut di MINI Recharge Roadshow, ia termasuk pemilikan MINI menerusi kadar yang terendah, iaitu RM 2,468/sebulan* dengan pembiayaan ‘Full Circle’ bagi MINI Countryman Sports, hadiah percuma bersertakan perkhidmatan pandu uji, dan tawaran bagi ‘MINI Lifestyle Merchandise’. 

Pemilikan MINI didatangkan dengan Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma, serta Bantuan Tepi Jalan MINI.

Di samping itu, pemilik juga dapat menikmati kelebihan eksklusif yang ditawarkan bersama MINI Black Card, sama ada dalam bentuk pelancongan, kesihatan, peranti ataupun acara sukan. MINI Black Card juga meletakkan pemilik di dalam senarai utama bagi semua perkara yang diinisiatifkan oleh MINI, dari previu istimewa sehingga ke parti-parti yang menarik, pelbagai acara dan pelancaran produk.

Hadapi kemungkinan yang baharu di lokasi dan tarikh berikut:

Lokasi

Tarikh

Aeon Seremban 2

2 hingga 4 November 2018

Paradigm Mall

9 hingga 11 November 2018

Aeon Bukit Tinggi

23 hingga 25 November 2018

Desa ParkCity

30 November hingga 2 Disember 2018

1 Utama

14 hingga 16 Disember 2018

Vivacity Megamall

28 hingga 30 Disember 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MINI Recharge Roadshow atau jika anda ingin membuat pendaftaran, sila layari www.mini.my/recharge.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…