MINI Oxford Edition - MINI mampu milik untuk semua!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun kebelakangan ini, MINI Amerika Syarikat menawarkan beberapa model khas - digelar sebagai Oxford Edition - dengan harga yang lebih rendah khusus untuk para pelajar, graduan, askar serta askar US yang bersara.

Namun, disebabkan COVID-19 yang melanda dunia, MINI kini mengalami penurunan kadar penjualan kenderaan yang ketara dan untuk itu, MINI memutuskan untuk menawarkan Oxford Edition terbuka kepada semua orang dan tidak terhad kepada golongan yang disebutkan di atas.

Selain daripada itu, MINI juga turut meluaskan penawaran Oxford Edition yang merangkumi model yang lebih besar Countryman dalam versi pacuan dua roda atau semua roda.

 


Versi Countryman dijual pada harga bermula dari $25,900 (RM112,989) manakala model ALL4 pula dari $27,900 (RM121,715) dan walaupun harga tersebut lebih rendah berbanding harga asal, MINI tetap mendatangkan aksesori bernilai $5,500 seperti:

  • rim 18 inci
  • tempat duduk dengan pemanas terbina dalam
  • headliner anthracite
  • kawalan iklim automatik
  • enam warna pilihan


Sementara model Cooper pula didatangkan dengan harga bermula dari $19,750 (RM86,160) untuk versi dua pintu dan seperti model Countryman, ia juga turut hadir dengan kelengkapan seperti:

  • rim 17 inci
  • tempat duduk dengan pemanas terbina dalam
  • enam warna pilihan
  • bumbung panoramik

Kesemua model Oxford Edition ditawarkan dalam unit terhad dan boleh didapati bermula sekarang, manakala model Countryman Oxford Edition pula hanya boleh didapati bermula bulan Julai ini.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mini EV X2 merupakan sebuah produk EV yang hadir daripada China menerusi syarikat Zhejiang Today…
Berita Global
Merangkumi sehingga 44 lokasi, perjanjian tersebut menandakan bahawa jenama cat premium seperti…
Berita Global
MINI pada ketika ini dipasang di Oxford dan di Born, the Netherlands dan selaku pemilik MINI, BMW…