MINI Malaysia tawar pogram jaminan inklusif 60 bulan bersempena ulang tahun ke-60 MINI

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-60, MINI selaku jenama automotif premium memperkenalkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI (MINI Service + Repair Inclusive Programme, MSRI).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program ini tertakluk kepada semua kenderaan MINI yang dibeli bermula tempoh sekarang sehingga 31 Ogos 2019.

Tawaran tempoh terhad ini memberikan para pemilik MINI servis berjadual percuma untuk 60 bulan atau jarak perbatuan 80,000 km (yang mana terdahulu), serta jaminan 60 bulan tanpa had perbatuan bagi semua model. 

 


Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "Pada tahun ini, kami meraikan inovasi British yang berusia 60 tahun, ia hadir bersama reka bentuk ikonik serta ciri-ciri pemanduan mengujakan yang sinonim dengannya. 

"Jadi, kami amat berbesar hati untuk melanjutkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan kepada pemilik-pemilik MINI baharu untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan.”
 


Perkhidmatan yang ditawarkan melalui MSRI ini sejajar dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi (CBS) merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta seris penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek. 

Tawaran eksklusif ini boleh didapati melalui pembelian mana-mana kenderaan MINI baharu yang didaftarkan dengan JPJ sehingga 31 Ogos ini. 

Para pelanggan pakej fleet, kenderaan dikecualikan duti serta Program Kepulangan Pakar (REP) juga boleh mendapatkan tawaran yang dibuat oleh MINI Malaysia ini. 
 


Maklumat lanjut berkenaan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan ini boleh didapati di kesemua wakil pengedar MINI yang bertauliah. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…