MINI Malaysia lancar dua model baharu - Countryman Plug-In Wired dan Cooper S Countryman Pure

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jenama premium kompak tercanggih di Malaysia, MINI membawakan dua buah model baharu untuk pasaran tempatan, iaitu MINI Countryman Plug-in Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure. 

Kedua-dua model baharu ini menampilkan pelbagai teknologi termaju seperti MINI Connected yang dilengkapi dengan sambungan internet 4G yang menawarkan informasi dan kandungan hiburan terkini. 

Ia juga turut meliputi beberapa ciri keselamatan seperti: 

  • Panggilan Kecemasan Pintar
  • TeleServices
  • MINI Online
  • MINI Concierge Service
  • Remote Services
  • eDrive Services

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi kedua-dua buah model baharu ini:

 

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired


Enjin: empat silinder sebaris TwinPower Turbo + motor elektrik
Kuasa: 224 hp/385 Nm
Pecutan: 6.8 saat 0-100 km/j
Halaju tertinggi: 198 km/j
FC: 2.1 liter/100 km
Luaran: Jaluran bonet MINI, bumbung warna kontrast, rim aloi 19 inci, tayar gerak-kempis
Dalaman: Upholsteri Leather Cross Punch Carbon Black, skrin 8.8 inci MINI Centre Instrument, Head-up Display, Sistem Bunyi Harman Kardon dengan 12 pembesar suara
Warna: Chilli Red, Light White, British Racing Green, Melting Silver, Island Blue/bumbung putih
Harga: RM250,888.00 atau bulanan RM2,998.00 dengan Easy Drive

 

MINI Cooper S Countryman Pure


Enjin: empat silinder sebaris TwinPower Turbo
Kuasa: 192 hp/280 Nm
Pecutan: 7.4 saat 0-100 km/j
Halaju tertinggi: 224 km/j
FC: 6.5 liter/100 km
Luaran: Jaluran bonet, lampu utama LED, rim 18 inci Black Pin
Dalaman: Upholsteri Carbon Black, kulit Cross Punch, kerusi elektrik, trim Hazy Grey, paparan 6.5 inci dengan navigasi
Warna: Chilli Red, Light White, British Racing Green, Thunder Grey, Melting Silver, Island Blue
Harga: RM228,888.00 atau bulanan RM2,548.00 dengan Easy Drive*

Pakej Wired: tambahan RM18,000.00

*berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh tiga tahun, had perbatuan 20,000 km setiap tahun


Setiap MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure datang dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 4 tahun dan Program Servis Berjadual Percuma. 

Kedua-dua model ini bakal dipamerkan di Urban Liberation: The MINI Connected Roadshow dan ia menjanjikan sebuah pengalaman peribadi untuk kehidupan digital anda.

Warga MINIacs juga boleh memandu uji jentera MINI pilihan mereka, serta menerima tawaran eksklusif yang meliputi pelan pembiayaan MINI bermula daripada RM 2,548/sebulan dengan Easy Drive* dan keistimewaan pemilik ‘MINI Black Card’.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Urban Liberation: The MINI Connected Roadshow akan mengambil tempat di lokasi dan tarikh berikut:

Lokasi

Tarikh

Vivacity Megamall

26 – 28 April

Starling Mall

26 – 28 April

Paradigm Mall JB

3 – 5 Mei

Empire Subang

24 – 26 Mei

Gurney Paragon

14 – 16 Jun

I-City Central

28 – 30 Jun

One Utama

3 – 7 Julai        

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…