MINI lancar aksesori gaya hidup aktif untuk model Cooper S Countryman ALL4

oleh Mohamad Hanif|
MINI baharu sahaja melancarkan barisan aksesori baharu untuk model MINI Cooper S Countryman ALL4 yang mampu memenuhi keperluan golongan yang memiliki gaya hidup yang serba aktif.

Dengan adanya aksesori baharu ini, ia mampu membuatkan model Cooper S Countryman ALL4 sesuai dijadikan peneman sebenar ketika melakukan aktiviti luar.
 

All4


Untuk memastikan ia mampu menawan laluan off-road ringan yang sedikit mencabar, MINI menawarkan rim Untamed bersaiz 18 inci dengan balutan tayar Grabber AT3 yang mampu menawarkan cengkaman tambahan pada kondisi jalan basah dan berlumpur, dan dalam masa yang sama boleh digunakan atas jalan biasa.

Untuk geng basikal, MINI turut menawarkan set rak basikal belakang yang mampu memuatkan dua buah basikal gunung pada satu-satu masa.
 

All4


Tidak ketinggalan, set khemah bumbung yang dihasilkan dengan bantuan Autohome yang boleh disimpan kemas dalam kotak hitam dan mudah untuk dibuka dan disimpan kembali. Tangga aluminium boleh lipat turut disediakan untuk memudahkan akses turun dan naik.

Menurut MINI, bahan yang digunakan untuk ruang tidur itu diperbuat daripada bahan kitar semula, termasuklah dinding gentian poliester yang diekstrak daripada botol PET kitar semula dari laut, serta tilam Ecofoam yang diperbuat daripada polyurethane yang lebih mesra alam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, model klasik Mini yang sebelum ini dihasilkan oleh BMC kini menjadi mangsa klon oleh…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Berita Domestik
Perkhidmatan BMW & MINI Service Fast Lane yang ditawarkan itu akan memfokuskan kepada servis…