MINI kini elektrik, 'go kart' kuasa bateri sah untuk jalan raya

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mini generasi pertama direka oleh Sir Alec Issigonis dan ia lahir sebagai reaksi kepada krisis minyak Suez dan permintaan terhadap kenderaan mampu milik.

Kereta pertama dikeluarkan di kilang Oxford pada tahun 1959 dan selepas itu adalah sejarah kejayaan selama berpuluh tahun lamanya.

Nampaknya Mini sekali lagi mahu mencatat sejarah dalam masa dunia sedang menghadapi cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi.

MINI pada 9 Julai memperkenalkan model baharu, tanpa menggunakan minyak seperti 60 tahun lalu dan ini lah MINI Electric.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MINI Electric

 

Pengeluaran model ini akan bermula di kilang Oxford pada hujung tahun 2019 dan penghantaran pertama pada Mac 2020.

Memandangkan MINI ini menggunakan motor elektrik, prestasinya hampir kepada model MINI Cooper S dan dipasarkan pada harga yang kompetitif. MINI menjangkakan model ini menerima sambutan hangat daripada masyarakat.

MINI ini sama sahaja dengan model Mini tiga pintu. Gril yang digunakan ditutup habis oleh kerana EV tidak memerlukan banyak penyejukan dan ia turut membantu dari segi aerodinamik.

Bahagian bawah kereta juga tertutup manakala pembeli ditawarkan dengan apron belakang dan roda 17 inci dua tona MINI Electric Corona Spoke.

 

MINI Electric

 

Plug pengecasan terletak pada kedudukan sama seperti penutup tangki minyak model biasa. Ruang But MINI tidak terjejas seperti kelaziman EV dan kekal pada 211 liter dan bertambah 731 liter apabila kerusi belakang dibaringkan.

Pek bateri MINI ini mempunyai 12 modul sel lithium-ion di bawah lantai kereta dengan kapasiti bateri berjumlah 32.6 kWh.

Motor elektrik yang digunakan adalah paling baharu dan versi berkuasa yang dibangunkan oleh BMW Group. Output kuasanya ialah 184 hp dan tork maksimum 270 Nm.

Hasilnya pecutan dari kosong hingga 100 km/j dalam masa 7.3 saat dan kelajuan maksimum 149 km/j.

Berat MINI Electric hanya 145 kg lebih daripada model MINI Cooper S Automatik. Bagi mematuhi undang-undang EU, MINI Electric dilengkapi perlindungan akustik pejalan kaki untuk kelajuan rendah dan bunyi khas untuk kereta ini dan dihasilkan melalui pembesar suara.

 

MINI Electric

 

Berikut ialah spesifikasi teknikal MINI Electric:

Output kuasa

135.0

kW

Output kuasa

184.0

hp

Tork maksimum

270.0

Nm

Kapasiti bateri kasar

32.6

kWh

Kapasiti bateri bersih

28.9

kWh

Pecutan 0 - 100 km/j

7.3

saat

Kelajuan maksimum

149

km/j

Jarak pemanduan (WLTP) min-maks

199 - 231

km

Pengecasan 0-80% DC 50 KW

35

minit

Pengecasan 0-100% AC 11 KW

210

minit

Tempoh pengecasan 0-80% AC 11 KW

150

minit

Penggunaan kuasa (WLTP) (min-maks kasar)

15.5-18.0

kWh/100km

 

MINI Electric

 

Terdapat tiga varian utama MINI Electric iaitu standard, mid dan premium dengan aneka kelengkapan seperti kamera undur, kerusi dengan pemanas, pek bantuan pemanduan, Kawalan Jarak Parkir (PDC), Bantuan Parkir, Bumbung Suria Panoramik, lampu Matrix LED, sistem suara Harmon Kardon dan Head-up Display.

Varian standard dipasarkan pada harga £24,400 (RM126,029) mid pada £26,400 (RM136,359) dan premium pada harga £30,400 (RM157,020).

Kami tertanya apa rasa memandu Mini tanpa enjin konvensional dan diganti dengan motor elektrik. Mungkin rasanya ibarat sebuah go kart dengan bateri dan meluncur laju bak kereta kawalan jauh!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*£1.00 = RM5.18

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…