Mini EV X2 - Pengguna disaran jangan bayar duit tempahan RM1,500 dahulu

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengedar kereta elektrik berharga RM18,000 yang terus menjadi viral tempohari nampaknya mungkin perlu lebih berterus terang akan situasi sebenar.

Ini ialah kerana siasatan Careta dengan agensi-agensi kerajaan mendapati bahawa setakat ini, tidak ada rekod kelulusan atau permohonan untuk mendapatkan kelulusan VTA (Vehicle Type Approval) bagi kenderaan Mini EV model X2.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Setakat ini, tidak ada sebarang rekod mengenai kenderaan tersebut tetapi jika dilihat dari gambar-gambar risalahnya, bahagian kabin X2 ini seperti tidak menepati piawaian minimum VTA," ujar sumber yang dihubungi oleh Careta sendiri.

VTA ialah kelulusan yang perlu diberikan sebelum sesebuah kenderaan boleh dijual di Malaysia. Tanpa VTA, kenderaan itu diharamkan dari digunakan di atas jalanraya awam.

Coontohnya ialah basikal/skuter elektrik yang tidak boleh didaftarkan. Ia hanya boleh menggunakan jalanraya seperti sebuah basikal (tidak boleh ditunggang di tengah lorong atau memasuki lebuhraya).

Careta juga sudah dihubungi oleh pihak polis bahagian siber untuk memberi maklumat berkaitan kenderaan tersebut. 

Careta menghubungi sendiri seorang individu berbangsa Cina yang menurut kad perniagaannya adalah seorang eksekutif jualan untuk syarikat tersebut.

Harga X2 ini ialah RM18,800, sebelum tawaran diskaun. 

 

 

Menurut nota suara beliau, syarikat itu sedang mengadakan promosi di mana diskaun RM5,000 diberikan untuk tempahan awal. Ini tidak termasuk rebat atau cash-back sebanyak RM1,388 dan insuran serta cukai jalan percuma.

Ini bermakna harga kereta elektrik mini ialah RM13,800 dan anda akan kemudian akan diberikan pulangan rebat bernilai RM1,388 lagi. 

Beliau seterusnya berkata bahawa sekiranya mahu membuat tempahan, bayaran tempahan sebanyak RM1,500 boleh dimasukkan ke akaun syarikat tersebut melalui laman web rasmi Mini EV.

Ada kemungkinan penjualan kereta ini benar tetapi ada juga kemungkinan kereta ini tidak akan mendapat kelulusan untuk dijual.

Kelulusan juga boleh mengambil masa selama berbulan-bulan.  

Jika tidak diluluskan, anda masih boleh membelinya tetapi digunakan di jalan persendirian. 

Perlu diingatkan, kelulusan tidak diberikan atas satu sebab sahaja - keselamatan yang tidak mencapai tahap minimum. Ini bermakna, pengguna mungkin boleh mengalami kecederaan parah atau kematian bila terbabit di dalam kemalangan.

Nasihat Careta, tunggu sehingga diumumkan kenderaan ini boleh dijual secara rasmi sebelum meletakkan bayaran tempahan anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut posting di Facebook Dolovmi Malaysia, penulisnya berkata berita berkaitan kenderaan itu…
Berita Domestik
Mini EV X2 merupakan sebuah produk EV yang hadir daripada China menerusi syarikat Zhejiang Today…