MINI Electric - 184 hp/270 Nm, jarak operasi 270 km, bermula dari RM218 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi kenderaan elektrik di bawah jenama MINI, MINI Electric serba baharu bersempena dengan ulang tahun yang ke-61 jenama ikonik tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir dalam bentuk hatchback tiga pintu, MINI Electric ini hadir dengan konfigurasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 184 kuasa kuda dan 270 Nm tanpa menghasilkan sebarang jejak karbon.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi kelajuan tunggal dan differential terintegrasi bagi memaksimumkan pengalaman pemanduan go-kart tipikal sebuah MINI.

Atas jalan raya, MINI Electric mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan kepada 150 km/j.

 


MINI Electric menawarkan sehingga empat mod pemanduan iaitu Sport, Mid, Green dan mod baharu Green+, selain dibantu dengan sistem pemulihan tenaga brek, serta ciri actuator-contiguous wheel slip limiter (ARB) yang mampu meningkatkan kadar cengkaman roda hadapan.

Pek bateri 12 modul berbentuk T itu mempunyai kapasiti 28.9 kWh dan mampu membenarkan jarak operasi sejauh 270 km untuk sekali caj penuh mengikut data kitaran NEDC.

Dari segi luaran, ia membawakan saiz yang sama seperti MINI Cooper S, namun dengan penampilan yang tersendiri, dimulakan dengan bumper spesifik untuk MINI Electric, gril radiator berwarna Vigorous Grey, lencana E-Badge, bilah gril yang boleh didapati dalam dua warna: Vigorous Grey atau Energetic Yellow, serta perumah cermin sisi berwarna kuning terang.

 


MINI juga turut menawarkan pakej Lights yang terdiri daripada lampu utama LED Matrix, serta lampu belakang LED yang menampilkan rekaan ikonik Union Jack.

Set rim pula adalah jenis MINI Electric Power Spoke dua tona bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar jenis run-flat.

Lencana E-Badge tersebut juga boleh didapati pada penutup slot pengecasan, dan kemasan pada pintu tailgate.

 


Memasuki ruang kabin, MINI Electric turut menawarkan ciri eksklusif seperti MINI Electric Cockpit Fascia, butang Mula/Berhenti dalam warna kuning, alas lantai, tuil 'transmisi' elektronik rekaan Electric, serta cermin pandang belakang anti-silau.

Antara ciri lain yang dilengkapkan termasuklah tempat duduk balutan kulit Cross Punch dalam warna Carbon Black, sistem pendingin hawa automatik dua zon, sistem pencahayaan ambien 12 warna, roda stereng balutan kulit, slot pengecasan nirwayar, sisten paparan 8.8 inci dengan MINI Navigation System, serta sistem audio Harman Kardon 12 pembesar suara.

Memandangkan ia memiliki dimensi yang sama seperti MINI Cooper S, ruang kargo di bahagian belakang mampu memuatkan sehingga 211 liter sehingga kapasiti maksimum 731 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat.

Buat pertama kalinya, MINI Electric hadir dengan skrin paparan instrumen kluster digital yang mampu memaparkan informasi kritikal kereta, seperti status pengecasan, jarak yang masih tersisa, serta memaparkan mod pemanduan yang dipilih menerusi warna 'cincin' seperti merah (SPORT), putih (MID), atau hijau (GREEN/GREEN+).
 


MINI Electric mampu dicaj 0-80 peratus dalam masa 36 minit dengan menggunakan slot pengecasan pantas DC, manakala penggunaan MINI Wallbox Plus pula menawarkan kapasiti yang sama dalam masa dua jam setengah.

Dengan menggunakan kabel pengecasan kontingensi kuning di rumah, sebuah MINI Electric mampu mencapai kapasiti bateri 80 peratus dalam masa 12 jam.

MINI juga turut menawarkan beberapa teknologi bantuan termaju, seperti:

  • Green Driving Assistant (GDA) - solusi terhadap jangka hayat bateri, seperti cadangan laluan yang lebih efisien atau mod pemanduan bersesuain ke stesen pengecasan berhampiran.
  • Aplikasi MINI Connected - memaparkan status semasa MINI Electric, statistik pemanduan, dan tutorial menjadikan pemanduan yang lebih berkesan.
  • Driving Assistant - pakej bantuan pemanduan yang terdiri daripada informasi Had Kelajuan, bantuan suluhan tinggi, brek kecemasan autonomi, Park Assistant, Park Distance Control, Cruise Control

 


Terdapat sehingga tujuh warna ditawarkan untuk MINI Electric baharu terdiri daripada warna eksklusif White Silver/Energetic Yellow, British Racing Green dan Chili Red.

MINI Electric boleh didapati di kesemua pengedar bertauliah MINI di seluruh negara bermula 26 Ogos 2020, dan boleh ditempah dalam talian menerusi pautan ini dengan yuran tempahan RM1,000.

Harga jualan pula bermula dari RM218,380.78 selepas pengecualian cukai jualan, dan setiap pembelian didatangkan dengan Jaminan Tanpa Had Perbatuan MINI 4 tahun, serta Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi 8 Tahun/100,000 km.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran MINI Electric semakin hangat selepas MINI memperkenalkan edisi terhad MINI Electric…
Pelancaran
Selain itu, MINI Electric ini turut dilengkapi dengan bumbung panorama, fungsi pemanas tempat duduk…
Berita Domestik
Dengan pengecualian daripada duti import dan eksais pada tahun ini, harga jualan MINI Cooper SE EV…