MINI Countryman SE ALL4 adalah permulaan era baharu model MINI Countryman dalam elektrifikasi yang pasti beri pengalaman baharu kepada peminat sedia ada, atau peminat baharu bagi jenama ikonik MINI.
Jika anda mencari sebuah kenderaan elektrik (EV) yang sempurna untuk kegunaan harian, gaya hidup atau pengembaraan, di pasaran Malaysia terdapat sebuah model EV yang pasti melengkapi kriteria itu, iaitu MINI Countryman SE ALL4.
MINI Countryman SE ALL4 adalah permulaan era baharu model MINI Countryman dalam elektrifikasi yang pasti beri pengalaman baharu kepada peminat sedia ada, atau peminat baharu bagi jenama ikonik MINI.
Ia seolah memberi gambaran kenderaan yang berevolusi mengikut peredaran zaman, tambahan pula, ciri- ciri minimalis dapat dilihat dari pelbagai perspektif.
MINI Countryman elektrik semestinya memberi ‘wow factor’ kepada orang ramai oleh kerana keunikkan rekabentuk Countryman yang berevolusi mengikut peredaran era elektrifikasi.
Apa yang penulis suka mengenai pengayaan reka bentuk ini, ia tidak menunjukkan rekabentuk yang “tryhard” dan ia mengekalkan paras rupa ikonik sebuah Countryman.
Sudut terperinci dari setiap elemen pengayaan menunjukkan Countryman sebuah kereta yang cukup kemas tambah pula dengan elemen aerodinamik untuk efisien tenaga.
Pada bahagian dalaman, ia menampilkan pengayaan yang cukup unik yang jelas sekali dapat dilihat adalah material tekstil knit daripada barangan kitar semula pada trim pintu dan panel dashboard.
Tujuan material tersebut digunakan adalah salah satu komitmen MINI dalam menghasilkan sebuah kenderaan yang mesra alam.
Fabrik tekstil itu menampilkan dua tona warna gradien yang dipadankan dengan keseluruhan tempat duduk yang dibaluti material upholsteri jenis kulit untuk memberi rasa lebih selesa dan nyaman.
Apabila berada dalam MINI ini, penulis berasa rekabentuk kerusi juga cukup memberi peranan dalam suasana keselesaan pada MINI Countryman EV ini samada menjadi pemandu atau penumpang.
Sebagai seseorang yang sukakan aktiviti gaya hidup muda dengan rakan sebaya, penulis berasa MINI Countryman sememangnya sesuai untuk pelbagai kegunaan.
Keluasan ruangan pemandu, penumpang yang cukup kemas dan selesa, dan ciri praktikaliti yang cukup mantap seperti ruangan kargo yang cukup luas bagi sebuah SUV dengan keluasan 460 liter.
Dari aspek praktikaliti, sebagai sebuah kenderaan yang besar, ia sebuah kenderaan yang ideal untuk setiap kegunaan utiliti dengan ruangan kargo mampu mencapai sehingga 1450 liter apabila barisan kerusi belakang dilipat.
Selain itu juga, aspek lain yang menarik minat penulis adalah susun atur ciri-ciri pada dashboard yang cukup membawa elemen minimalis pada bahagian tengah dan juga pemandu.
Ia jelas kelihatan identiti MINI pada unit infotaimen berbentuk bulat masih dikekalkan, yang digelar paparan OLED dan lebih mengujakan adalah resolusi skrin tersebut amat terperinci dan lancar.
Bagi penulis, user interface unit infotainmen adalah amat penting bagi sebuah EV, ia bukan hanya perlu memaparkan status kenderaan atau sebagainya, tetapi ia perlu ada interaksi antara pengguna dan kereta.
Ya, user interface Country elektrik kali ini cukup menarik bagi penulis, ia seolah memberi perasaan seperti menggunakan telefon pintar ditangan, dan perkara itu memberi “point” menarik pada MINI ini.
Selain itu, pada waktu malam, kesan pencahayaan khas dapat dilihat pada panel dashboard dengan warna dan corak berlainan mengikut pada mod pemanduan yang dipilih.
Penulis berasa itu salah satu nilai estetik tambahan yang cukup menarik dan membezakan model EV MINI dengan model EV yang lain.
Beralih kepada pengalaman pemanduan, tak dinafikan walaupun Countryman sebuah kereta bersaiz besar, tetapi hantaran kuasa cukup responsif walaupun memandu dalam mod biasa.
Namun yang beri lebih perasaan mengujakan adalah mod ikonik ‘Go-Kart’ yang beri lebih prestasi dari segi tindakbalas kelajuan yang serta merta dan juga mod ‘Trail’ yang hanya ada pada MINI Countryman elektrik ini untuk jadikan pengembaraan lebih menarik.
Ia kerana kawalan pemanduan dan kelajuan tersebut serba sedikit dipengaruh oleh saiz kereta dan titik graviti kereta ini supaya beri lebih rasa cengkaman kenderaan pada jalan.
Sebagai sebuah EV, MINI Countryman dinadikan dengan pek bateri berkapasiti 64.6kWj yang memberi kuasa pada motor elektrik yang memacu kesemua roda dibahagian hadapan dan belakang (AWD).
Dari sudut prestasi, motor elektrik tersebut memberi kuasa output maksimum 313hp dan tork maksimum 494Nm yang memberi daya pecutan 0-100kmj hanya dalam 5.6s dan kelajuan dihadkan pada 180kmj.
Dengan dengan pengecasan penuh pek bateri tersebut, MINI Countryman EV ini mampu bergerak sehingga 462KM mengikut kiraan WLTP yang penulis berpendapat, ia sesuai untuk kegunaan harian dalam kawasan urban.
Secara keseluruhan, penulis berpendapat, Countryman EV ini sesuai untuk mereka yang inginkan pemanduan yang menenangkan walaupun dalam kesesakan bandar.
Selain itu juga, dengan mod Trail yang eksklusif hanya pada Countryman elektrik ini, penulis berasa ia sebuah kenderaan yang lebih menarik untuk pengembaraan atau ekspidisi hujung minggu diluar bandar bersama keluarga atau kawan.
Bagi penulis, ia memenuhi citarasa anak muda yang inginkan suatu kenderaan yang lengkap dengan prestasi mengujakan, user interface menarik dan rekabentuk minimalis.
Selain itu juga, MINI Countryman juga sesuai bagi golongan berkeluarga kerana ia bukan hanya memenuhi ciri praktikaliti tetapi ia juga dilihat sebagai sebuah kenderaan paling friendly-use.
Tambah-tambah lagi, Countryman EV ini mempunyai enam pilihan warna luaran, iaitu Smokey Green, Nanuq White, Chili Red, Melting Silver, Legend Grey dan Blazing Blue.
Manakala, untuk upholsteri bahagian dalaman juga boleh tersuai mengikut kehendak pembeli dengan dua pilihan warna, iaitu Vintage Brown dan Dark Petrol.
Untuk harga jualan, MINI Countryman SE ALL4 elektrik ini dijual pada tanda harga dari RM258,888 bersama pengecualian cukai.
Menariknya, MINI kini menawarkan pembiayaan serendah 0.88% atau RM 2,588 sebulan, dan alat pengecasan wallbox secara percuma untuk bakal pembeli MINI Countryman SE ALL4 elektrik ini.
Bagi mereka yang inginkan suatu pengalaman baharu dan unik bagi kenderaan elektrik, MINI Countryman SE ALL4 elektrik ada perkara tersebut, jadi, jangan lepaskan peluang untuk pandu uji model serba elektrik ini disini ; MINI Malaysia