MINI Countryman Blackheath Edition, edisi terhad 48 unit sahaja!

oleh SALINA JALIL|
MINI Malaysia telah melancarkan Countryman Blackheath Edition yang hadir dalam warna hitam yang diilhamkan daripada rimba gelap Blackheath di Tenggara London, United Kingdom. Model ini terhad kepada 48 unit sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Model ini didatangkan dalam warna eksklusif Midnight Black dengan padanan jaluran bonet Brushed Aluminium matte serta trim Piano Black daripada MINI Accessories pada lampu hadapan dan belakang, jeriji, pemegang pintu, logo dan lencana ‘Countryman’ pada tailgate.

 

Turut disertakan adalah kit aerodinamik John Cooper Works (JCW) dan rim JCW Circuit Spoke berukuran 19 inci yang bersama tayar ‘run flat’.

 

Di bahagian kabin pula, Countryman Blackheath Edition didatangkan dengan upholsteri kulit Leather Cross Punch berwarna hitam karbon dan bumbung Anthracite.

 

Suasana ruang kabin diserlahkan lagi menerusi trim MINI Yours Illuminated dalam warna Piano Black, pencahayaan ambien dengan 12 pilihan warna serta sistem audio Harman Kardon berkapasiti 360 watt dengan 12 pembesar suara dan DSP Amplifier.

 

Model ini juga mendapat sistem navigasi dengan skrin berukuran 8.8 inci yang boleh dioperasikan melalui skrin sentuh, konsol tengah atau kawalan suara. Ia juga menyokong teknologi SIM 4G terintegrasi yang membolehkan fungsi Panggilan Kecemasan Pintar dan MINI TeleServices.

 

kabin

 

Countryman Blackheath Edition diberikan kuasa enjin MINI TwinPower Turbo 2.0-liter yang menghasilkan 192 hp dan 280 Nm. Dari segi transmisi pula, ia hadir dengan Sport dwi-klac tujuh kelajuan dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 225 km/j.

 

Setiap pembelian model ini, ia diberikan program Bantuan Tepi Jalan selama lima tahun oleh MINI Malaysia, berserta pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun; Talian Bantuan dan Kecemasan; Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman); Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar; Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.

 

gear knob

 

Ia juga turut diberikan Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh Empat Tahun berserta Servis Berjadual Percuma.

 

Harga jualan Countryman Blackheath Edition adalah  RM253,888 (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans). BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan Ballon Financing, iaitu pembiayaan MINI Countryman Blackheath Edition dengan ansuran bulanan RM2,908.00 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

 

rear

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…