Mini Cooper SE EV mampu tarik Boeing 777F

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model elektrik sepenuhnya dari jenama British, Mini Cooper SE EV digambarkan sebagai sebuah 'kereta muscle' dengan keupayaannya untuk menarik sebuah kapal terbang!

Video klip berdurasi 47 saat itu memaparkan bagaimana model hatchback bandar itu menarik sebuah kapal terbang jenis Boeing 777F dengan berat bersih tanpa muatan sekitar 150 tan. 

Walaupun singkat, ia sebenarnya hanyalah digunakan sebagai promosi bagi Mini Cooper SE EV yang akan diperkenalkan kelak. 

Jika mengikut perancangan, EV Mini ini akan memasuki fasa produksi bermula Novermber ini di fasiliti pemasangan Oxford, UK. 
 

Mini Cooper SE EV dikesan tanpa sebarang pelekat penyamaran


Menurut Mini, motor elektrik yang dipasang pada model ini akan menjanjikan prestasi kuasa yang spontan dengan daya kilas yang tinggi bagi membantu pecutan dari pegun. 

Difahamkan, sistem trenkuasa Mini Cooper SE EV ini dikongsi daripada BMW i3S, menampilkan pek bateri 44.2 kWh dan motor elektrik berkuasa 181 hp dan 270 Nm. 

Dari segi jarak operasi, Mini Cooper SE EV akan mampu bergerak sejauh 274 km mengikut data kitaran WLTP.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Berita Domestik
Dengan pengecualian daripada duti import dan eksais pada tahun ini, harga jualan MINI Cooper SE EV…