Minggu pemanduan SOCAR: pandu kereta idaman anda pada harga sebungkus nasi lemak!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan perkembangan kemajuan mereka di dalam industri perkongsian kereta, SOCAR telah memperkenalkan promosi selama satu minggu bermula dari 7 sehingga 13 Mei 2018 bagi mengukuhkan lagi jenama mereka di dalam industri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelanggan yang menggunakan khidmat SOCAR kini boleh menempah kereta idaman mereka pada harga serendah RM3 untuk sejam termasuklah bekalan bahan api untuk perjalanan sejauh 30 km. 
 


Dilancarkan pada bulan Januari 2018 dengan jumlah permulaan sebanyak 240 unit kenderaan, SOCAR kini memperkukuhkan kedudukan mereka di Lembah Klang dengan meliputi lebih 150 kawasan. 


Antara kenderaan yang baharu sahaja dimasukkan ke dalam barisan perkhidmatan mereka termasuklah Volkswagen Polo, Perodua Myvi, Perodua Alza, Toyota Vios, Toyota Corolla Altis termasuklah barisan Mini Cooper. 


Ini membolehkan pelanggan SOCAR memilih kenderaan idaman mereka bagi memenuhi pelbagai tuntutan seharian, termasuklah membeli belah atau bersantai di hujung minggu. 
 


Menurut Leon Foong, CEO SOCAR Malaysia, perkhidmatan perkongsian kereta SOCAR ini mampu memudahkan urusan seharian pelanggan tanpa perlu risau kos penyelenggaraan. 


"Sama seperti peranan nasi lemak di dalam menu rakyat Malaysia, semestinya SOCAR pilihan untuk semua," tambah Foong. 


Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan oleh SOCAR tertakluk kepada model. 

  • Perodua Axia - RM3
  • Perodua Myvi - RM4
  • Perodua Alza - RM4
  • Honda City - RM5
  • Toyota Vios - RM5
  • Honda HRV - RM6

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti pengguna, di mana ia…
Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…