MINDEF terima 50 unit ambulans untuk kegunaan Kor Kesihatan ATM

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans perubatan Jenis B yang akan digunakan oleh Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Aset-aset tersebut akan ditempatkan di kem-kem ATM dan juga hospital ATM di seluruh negara, antaranya:

  • Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju
  • Kem Terendak (Melaka)
  • Kem Gemas (Negeri Sembilan)

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, “Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan.
 

Bernama


"Saya berharap agar ambulans-ambulans ATM berkenaan dapat digunakan oleh pihak luar yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM di Padang Kawad, Kem Kementah.

Ujarnya lagi, pihak Kementerian Pertahanan memerlukan kira-kira 130  ambulans lagi namun pemesanan akan dibuat apabila keadaan kewangan negara semakin baik.

Majlis penyerahan aset ambulans tersebut dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima ATM Jen Tan Siri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

 

Sumber: Bernama