Hideki Kakinuma, Ketua Jurutera Honda Civic Type R dalam satu acara yang dianjurkan oleh Tomica berkesempatan mendedahkan cerita peribadi berkenaan minatnya terhadap dunia automotif.
Dan tahukah anda, model pertama yang beliau minati adalah sebuah Toyota Celica Liftback berwarna emas?
Ya, menurut beliau ketika zaman prasekolah, beliau selalu singgah ke kedai mainan dan terjumpa sebuah kereta mainan Tomica berwarna emas (Toyota Celica).
"Saya singgah hampir setiap hari, dan bernasib baik apabila emak saya membelikan Tomica Toyota Celica tersebut.
"Namun, ketika saya membawanya ke sekolah pada keesokan harinya, kereta tersebut hilang dan saya berasa sedih.
"Dipendekkan cerita, ketika saya bekerja sambilan, saya perlu melawat presiden syarikat dan kebetulan pemimpin tertinggi itu turut memiliki Toyota Celica dengan warna yang sama!
Tidak lama selepas itu, rezeki Hideki Kakinuma dimurahkan untuk memiliki sebuah jentera Toyota Celica ketika zaman universiti dan dari situ minatnya semakin mendalam selain terjebak menjadi 'pelumba' di zamannya.
Dan beliau kini merupakan insan yang mengetuai projek hot hatch paling pantas dari Honda, Civic Type R FK8!