Minat luar biasa, Ferrari P80/C ini hanya dibina sebuah sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hartawan hari ini semakin hari semakin bertambah kaya. Golongan ini biasanya mempunyai citarasa tersendiri dan boleh membeli apa yang dimahukan.

Pengeluar kereta eksotik pula sentiasa hadir dengan pelbagai pilihan dalam memenuhi selera pelanggan ini.

Jadi apa yang boleh dibuat apabila mempunyai duit banyak dan mempunyai citarasa tersendiri?

Hubungi Ferrari dan buat satu model khas untuk anda. Ini lah yang dibuat melalui Ferrari P80/C, model tempahan khas daripada pelanggan dan hanya satu sahaja dikeluarkan di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ferrari P80/C

 

Pelanggan istimewa ini bukan calang-calang individu dengan keluarganya mempunyai sejarah panjang dan peminat Ferrari serta memiliki pengetahuan mendalam dan pengumpul jenama eksotik Itali tersebut. 

Kereta rare ini dibangunkan melalui input terperinci dan kerjasama dengan pemiliknya sendiri di mana Pusat Penggayaan Ferrari di bawah Flavio Manzoni bersama jabatan kejuruteraan dan aerodinamik fokus dalam menghasilkan sebuah kereta yang unik dan mempunyai jiwa tersendiri.

Penerangan asas daripada pelanggan dalam membina projek ini ialah beliau mahukan sebuah kereta prototaip sport moden dan mempunyai pengaruh daripada model ikonik dalam sejarah Ferrari iaitu 330 P3/P4 dan Dino 206 S 1966.

Projek ini seterusnya menjadi cabaran buat Ferrari iaitu membangunkan sebuah produk unik yang tidak pernah wujud dalam barisan produknya sekarang.

 

Ferrari P80/C

 

Bukan sahaja unik tetapi tempoh dibuatnya juga lama. Bermula daripada 2015, projek P80/C adalah program pembangunan paling lama jika dibandingkan dengan projek one off lain.

P80/C sebenarnya adalah sebuah model litar lumba dengan fokus ditumpukan pada prestasi. Kereta ini menggunakan chasis 488 GT3 untuk prestasi malah jarak di antara roda juga lebih panjang berbanding 488 GTB.

Selain reka bentuk yang mengancam dan unik, pemilik kereta ini berfikir jauh ke hadapan. Pesanan beliau kepada Ferrari ialah supaya P80/C hadir dalam dua pakej iaitu perlumbaan dengan spoiler gentian karbon dan roda 18 inci nut tunggal.

 

Ferrari P80/C

 

Satu lagi pakej ialah dalam bentuk pameran melalui roda berukuran 21 inci tanpa komponen aerodinamik supaya nampak jelas segala bentuk kecantikan yang boleh dihargai.

Walaupun hebat, Ferrari tidak berkongsi nadi kuasa dan output model ini dan kami yakin ia bukan hadir dengan angka-angka luar biasa.

Harga? Juga tidak dikongsikan dan tidak perlu diteka lagi, memang super tinggi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…