Minat dengan Volkswagen? Ini pembaharuan yang dibuat sejak 2016!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Khidmat Selepas Jualan Volkswagen
Khidmat Selepas Jualan Volkswagen
Jenama Volkswagen di pasaran tempatan bukan setakat diinginkan tetapi berada di dalam kategori kereta idaman.

Lihat sahaja barisan terkini model-model yang ditawarkan, Arteon, Passat dan Tiguan Allspace.

Dari tiga model utama tersebut, ditawarkan pula varian sporti seperti Arteon R-Line 4Motion, Passat R-Line dan Tiguan Allspace R-Line.

Kesemua ini adalah produk yang turut ditawarkan di pasaran antarabangsa.

Harganya pula berpatutan untuk sebuah jenama dari Eropah. 

Apabila bercakap tentang Volkswagen mungkin ada pembaca yang ingin tahu mengenai khidmat selepas jualan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Faktor ini penting memandangkan pembeli biasanya membayar ansuran kereta mereka selama sembilan tahun.

Adalah penting untuk sesebuah jenama bukan setakat pandai menjual tetapi juga mahir dan bertanggungjawab dalam menjaga pelanggan mereka.

Sejak tahun 2016 urusan pengedaran Volkswagen telah diambil alih oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Tidak sekadar beralih tangan, VPCM komited untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pemilikan kenderaan buatan Jerman ini.

Berikut di antara pencapaian VPCM setakat ini:

1. Peningkatan kepuasan pelanggan

Sebagai sebuah syarikat yang terbuka kepada maklum balas pelanggan, VPCM menggalakkan pemilik kereta untuk memberi ulasan dan penilaian selepas mengunjungi pusat servis Volkswagen.

Maklumat itu diuruskan oleh platform Car.Advisor dan tidak boleh dipinda atau diubah.

Markah penilaian setiap pusat servis Volkswagen juga dipaparkan di laman web Volkswagen untuk ketelusan para pemilik dan bakal pelanggan.

Bedasarkan maklumat Car.Advisor, VPCM telah berjaya meningkatkan tahap kepuasan pelanggan sehingga 80 peratus sejak tahun 2016.

Setakat Ogos 2021, VPCM telah menerima lebih daripada 4,000 penilaian dan mencapai purata keputusan 4.72/5 bintang.

Ini merupakan sebuah kejayaan yang patut dipuji dan menunjukkan bahawa VPCM telah berusaha keras untuk meningkatkan khidmat selepas jualan mereka.

2. Pengurangan pembaikan berulang

VPCM telah mengurangkan pembaikan berulang secara 86 peratus. Ini bermakna pengedar VPCM berjaya menyelesaikan masalah sekali sahaja tanpa memerlukan pembaikan kali kedua.

Prestasi ini pastinya berita baik untuk peminat Volkswagen.   

3. Kesetiaan pelanggan yang berterusan

Pelanggan kekal setia dengan VPCM dan ini termasuk mereka yang tetap menghantar kenderaan ke pusat servis Volkswagen walaupun jaminan telah tamat.

Ia jelas kelihatan apabila 50% daripada 30 ribu pengguna aplikasi Volkswagen Cares merupakan ahli VCP (Volkswagen Care Plus) yang mempunyai kenderaan Volkswagen berusia lima tahun dan ke atas.

Ahli VCP juga boleh menikmati tiga baucar diskaun 20%, dua tahun bantuan tepi jalan yang percuma dan penjimatan lain yang bernilai sehingga RM1,500.  

Selain pencapaian di atas, apa yang telah VPCM buat sejak tahun 2016 untuk mencapai kejayaan-kejayaan tersebut?

Berikut kami senaraikan inisiatif yang dilaksanakan oleh VPCM:

1. Penubuhan Akademi Automotif Volkswagen

 

Volkswagen After Sales

 

Pandai menjual, mahir menyelenggara. Agak pelik sebenarnya untuk sesebuah pengeluar buntu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan mereka.

Untuk itu VPCM telah menubuhkan Akademi Automotif Volkswagen pada 2016 bagi melatih kakitangan pengedar Volkswagen tentang jualan dan khidmat selepas jualan.

Akademi latihan ini mempunyai fasiliti lengkap dan pelbagai alatan khas untuk digunakan dalam sesi pembelajaran.

Latihan yang diberikan adalah berdasarkan silibus antarabangsa Volkswagen dan dididik oleh jurulatih berpengetahuan bagi menjamin kualiti.

Dalam tempoh kawalan pergerakan bermula Mac 2020, VPCM tetap memberi sokongan kepada pengedar mereka melalui latihan dalam talian.

Selain bengkel teknikal, akademi ini turut menawarkan latihan berkaitan teknologi maklumat dan kemahiran insani (soft skill) bagi meningkatkan lagi kebolehan kakitangan.

2. Pelan penjimatan supaya kenderaan VW menjadi mampu milik

VPCM telah menawarkan pelbagai insentif supaya kos pemilikan kenderaan Volkswagen kekal mampu milik.

Di antaranya ialah pembiayaan fleksibel menerusi pelan kadar faedah 0 peratus untuk pembayaran selepas jualan, Diskaun Servis sebanyak 20 peratus (Volkswagen Care Plus), 30 Peratus Diskaun untuk Pakej Pembaikan Volkswagen dan pelbagai tawaran menarik untuk pengguna.

3. Pendigitalan khidmat selepas jualan

Memandangkan negara berada di dalam situasi pandemik (dan endemik pada masa akan datang), VPCM telah memperkenalkan kempen #SafeHands untuk kesejahteraan pelanggan dan kakitangan.

Kempen ini merangkumi pelbagai inisiatif seperti pilihan mengambil kereta untuk temu janji servis, bayaran tanpa tunai dan pelan pembayaran ansuran 0 peratus.

Satu lagi khidmat menarik ialah Service Cam yang melibatkan komunikasi melalui video.

Melalui kaedah ini penasihat servis akan menghantar video kepada anda tentang senarai pembaikan yang diperlukan.

Jika bersetuju anda boleh membuat arahan untuk membaikinya sekaligus atau melakukannya kemudian.

Menarik bukan?

 

Volkswagen Cares

 

4. Aplikasi Volkswagen Cares baharu

Bercakap tentang dunia digital, VPCM baru sahaja melancarkan versi baharu aplikasi Volkswagen Cares app yang memudahkan urusan pelanggan.

Anda boleh membuat temu janji servis, berhubung dengan Volkswagen Malaysia dan para pengedar dan pelbagai lagi termasuk menerima promosi dan tawaran eksklusif secara dalam talian.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menggunakan sistem operasi iOs atau Android.

Kepada yang berminat dan ingin merasai pengalaman bersama Volkswagen, ada 17 pengedar dan 18 pusat servis di dalam negara bagi memenuhi hasrat anda untuk memiliki jenama ini dan memberikan khidmat selepas jualan.

Belum cuba belum tahu dan inilah peluang untuk anda merasai pengalaman memiliki jenama berprestij antarabangsa.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…