Millennium Welt wakil pengedar terbaharu bagi BMW Motorrad di Kuantan

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia telah melantik Millennium Welt sebagai wakil terbaharunya bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan serta Rantau Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Kami melihat potensi yang besar untuk perkembangan di kawasan Pantai Timur bagi motosikal premium, dan Millennium Welt merupakan rakan niaga yang berharga buat kami kerana kebolehan mereka untuk menunaikan janji penawaran pengalaman premium BMW bagi pelanggan kami di Kuantan. Kami percaya bahawa mereka merupakan pilihan terbaik untuk terus memperkukuhkan kedudukan kami di rantau tersebut; kini, meluaskan lagi penawaran pengalaman premium kami kepada penggemar motosikal di kawasan Pantai Timur.”

 

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, pula berkata, “Dengan pelantikan Millennium Welt Kuantan, kami ingin mengalu-alukan lebih ramai penunggang dari rantau Pantai Timur untuk menghidupkan semangat “Make Life A Ride”.  Rantau Pantai Timur yang terdiri daripada jalan yang luas dan berangin menjadikan ia tempat yang sesuai untuk menunggang motosikal, namun lebih penting lagi, rantau tersebut menyumbang kepada penjualan lebih daripada 50 unit motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan stabil saban tahun.”

 

bmw millenium welt

 

Millennium Welt tidak asing dengan BMW Group Malaysia, dan ia mempunyai pencapaian yang terbukti sebagai wakil jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Seremban juga sebagai wakil jenama BMW di Batu Pahat dan Kuantan. Pada majlis Anugerah Pengedar ke-8 yang dianjurkan oleh BMW Group Malaysia pada awal tahun ini, Millennium Welt berjaya merangkul 13 anugerah, termasuk BMW Excellence Club Award.


En. Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies berkata, “Sebagai pengedar rasmi bagi jenama BMW di Kuantan sejak tahun 2016, kami telah membina kredibiliti yang kukuh dengan pelanggan kami di Pahang serta kawasan berdekatan. Dengan menggunakan momentum ini, kami percaya bahawa melalui penambahan jentera BMW Motorrad ke dalam portfolio kenderaan premium kami, ia akan menyumbang kepada penjualan unit kenderaan yang lebih tinggi di kawasan tersebut.”

Millennium Welt Kuantan kini menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas, merangkumi model BMW dan BMW Motorrad, serta servis Mini.

Melalui penyatuan jualan dan servis kenderaan BMW serta BMW Motorrad di bawah bumbung yang sama, Millennium Welt Kuantan akan mampu menterjemahkan identiti jenama ini dengan lebih khusus di pasaran seumpamanya. Ini juga akan membolehkan BMW memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih efisien melalui saluran yang lebih tepat.

Millennium Welt Kuantan beroperasi di fasiliti bilik pameran yang berkeluasan 28,000 kaki persegi, mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan BMW dan lapan buah motosikal BMW Motorrad. Bilik pameran tersebut terletak di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Media popular motosikal, MCN atau motorcyclenews.com melaporkan bahawa kes-kes kecurian panel meter…
Pelancaran Motosikal
BMW amat sinonim dengan barisan motosikal kembara, touring atau sports touring dan penggunaan enjin…
Berita Domestik
Berita terkini yang kami dapati dari pengedar motosikal Jerman, BMW Motorrad ialah sekarang…