Millennium Welt, pengedar BMW Motorrad tunggal di Negeri Sembilan

oleh Afandi Che Muhamad|
Memecah tradisi tersendiri, Millennium Welt baru-baru ini muncul sebagai pengedar BMW Motorrad tunggal bagi Negeri Sembilan menerusi pembukaan bilik pameran di Seremban.

Susulan pembukaan rasmi bilik pameran tersebut, pengguna di negeri yang terkenal dengan adat pepatih itu tidak perlu lagi datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan sendiri barisan motosikal premium tawaran BMW Motorrad.

Terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, fasiliti pengedar BMW Motorrad ke-11 di Malaysia itu mampu menampung 10 unit motosikal dalam satu-satu masa. Cukup luas sebagai permulaan.

Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata, pihaknya telah lama menjalinkan hubungan dua hala yang baik dengan BMW juga MINI.

"Kami di Millenium Welt berbesar hati dengan usahasama terbaharu dengan BMW Motorrad ini. Selain di sini (Seremban), kami juga mempunyai cawangan di Batu Pahat dan Kuantan.

"Perkembangan terbaharu ini (pembukaan bilik pameran) membuka ruang untuk kami menawarkan rangkain produk tawaran BMW Motorrad untuk masyarakat setempat (Seremban)," katanya.

 

GAMBAR menunjukkan Wong (kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Owen (kanan) pada majlis pembukaan rasmi Millenium Welt baru-baru ini.

 

Dalam perkembangan sama, Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley pula berkata, inisiatif positif itu bertepatan visi tahun lalu (tahun 2017) yang mana pihaknya meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod bagi BMW Motorrad di Malaysia.

"Selain rekod jualan yang memberangsangkan, kami juga menambah lima model motosikal premium terbaharu ke dalam portfolio kami.

"Kami berharap untuk meneruskan perkembangan positif ini pada tahun 2018 bermula dengan pembukaan pengedar terbaharu, Millennium Welt ini di Negeri Sembilan,” tutur Owen.

Tambah Owen lagi, jualan kesemua model BMW Motorrad meningkat sebanyak 13.2 peratus secara global dengan rekod jumlah jualan keseluruhan sebanyak 164,153 unit tahun lepas.

Di Malaysia sahaja, sebanyak 1,052 unit motosikal sudah pun terjual sekali gus menyumbang kepada peningkatan jualan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Millennium Welt telah dilantik oleh BMW Group Malaysia sebagai wakil pengedarnya yang terbaharu…
Berita Domestik
Acara ini yang akan berlangsung di medan parkir kereta Puteri Harbour Front merupakan edisi kelima…
Pelancaran Motosikal
Ketika memperkenalkan motosikal premium tersebut, Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley berkata…