Millennium Welt lancar fasiliti pengecasan EV pertama jenama MINI di Seremban

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wakil pengedar bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Negeri Sembilan, bersama Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB), baru-baru ini telah memperkenalkan fasiliti pengecasan sulung jenama MINI di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran fasiliti pengecasan baharu itu sekaligus dapat meningkatkan lagi ekosistem kenderaan elektrik (EV) di dalam dan kawasan sekitar Seremban, di samping meluaskan akses terhadap infrastruktur pengecasan di kawasan tersebut.

Fasiliti pengecasan terbaharu itu terletak di ruang parkir laluan masuk utama premis d’Tempat Country Club yang beralamat di PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan.

 

2

 

Ianya menampilkan Wallbox 11kWj yang dikuasakan oleh ChargEV,kini dibuka setiap hari untuk kegunaan awam dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam, dengan kadar standard bernilai RM5 bagi setiap 20 minit penggunaan.

Sehingga kini BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih 670 buah fasiliti pengecasan, dimana 360 buah fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama yang dijalin dengan ChargEV dan Yinson Greentech.

 

3

 

Kerjasama bersama JomCharge juga membolehkan akses terhadap lebih 65 buah fasiliti pengecasan ditawarkan, dan Gentari dengan sekitar 150 buah fasiliti.

Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI turut disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah seluruh Malaysia.