Millenium Welt buka fasiliti pengecasan BMW i di Gamuda Gardens, Rawang

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia dan Millenium Welt hari ini secara rasmi melancarkan pembukaan dua buah fasiliti pengecasan baharu BMW i yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembukaan fasiliti ini bakal memberikan manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut, terutama bagi pengguna kenderaan berelektrik.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, "Apabila kami merancang untuk meluaskan infrastruktur pengecasan di seluruh Malaysia, kami juga turut melihat keperluan melangkaui pusat membeli belah dan mercu tanda untuk membawakan kemudahan yang serupa di pusat bandar dan kawasan kediaman di mana terdapat permintaan terhadap fasiliti pengecasan yang tinggi di kalangan pengguna kenderaan elektrik.
 

BMW i


"Kami amat teruja untuk memberikan akses fasiliti pengecasan yang lebih mudah kepada penduduk di Gamuda Gardens dan bandar di sekitarnya menerusi pengedar kami Millenium Welt.

Fasiliti pengecasan BMW i baharu ini terletak di hadapan Gamuda Gardens Experience Gallery dan terbuka kepada kegunaan umum.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Sebagai langkah permulaan kerjasama tersebut, pengecas dari JomCharge, Gentari dan chargEV kini…
Berita Domestik
Penambahbaikan baharu itu menekankan lagi komitmen Sime Darby terhadap alam sekitar, dimana ia…