Millenium Welt bakal buka Pusat 4S BMW di Seremban

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi kenderaan berjenama BMW, Millenium Welt baru-baru ini mengadakan upacara pecah tanah bagi lokasi pembinaan Pusat 4S BMW serba baharu yang dijadualkan pembukaannya pada suku pertama tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak di bandar satelit Seremban 2, fasiliti dengan keluasan 154,948 kaki persegi berharga RM60 juta ini bakal membawakan konsep terkini BMW Retail NEXT, selain menempatkan kemudahan seperti fasiliti selepas jualan, 12 ruang produktif dan 181 lot parkir.

Ia juga akan menempatkan beberapa portfolio di bawah BMW Group Malaysia seperti BMW, BMW i, BMW M, BMW Premium Selection, BMW Motorrad, MINI, dan juga MINI Used Car NEXT.

Menurut Pengarah Urusan Millenium Welt, Bryan Wong berkata, "di Millenium Welt, Pengalaman Pemilikan Premium bakal bermula ketika pelanggan mula melangkah masuk ke dalam pengedar.

"Kami berazam bukan sahaja untuk menyediakan pilihan kenderaan yang terbaik untuk keperluan mereka, malah kami juga menjanjikan pengalaman selepas jualan yang premium.

"Dengan fasiliti baharu ini, kami berharap agar dapat menyemarakkan lagi rasa teruja pelanggan di Negeri Sembilan terhadap barisan produk premium kami," ujarnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama itu bertujuan untuk memperkasakan pemilik BMW iX baharu ke arah perjalanan mampan dengan…
Berita Domestik
Pusat 4S Millenium Welt Kuala Lumpur North dilengkapi dengan 192 unit panel solar PV 96 kWp yang…
Berita Domestik
Millennium Welt telah dilantik oleh BMW Group Malaysia sebagai wakil pengedarnya yang terbaharu…