Miliki sebuah Lamborghini Aventador dengan teknologi Honda!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Lamborghini Aventador ini asalnya merupakan sebuah Honda Accord empat pintu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menghasilkan sebuah replika supercar, anda sebenarnya memerlukan sebuah kereta asas yang mempunyai persamaan yang hampir seperti layout enjin, dan sistem pacuan.

Namun, apabila kreativiti tidak terbatas, ia tidak menghalang syarikat Executive Modcar Trendz daripada India ini untuk mengubah suai sebuah sebuah sedan menjadi Lamborghini Aventador!
 


Menggunakan asas daripada sebuah Honda Accord 2.4 liter, sedan tersebut telah dirombak sepenuhnya untuk menerima panel badan yang menyerupai Aventador. 

Namun, apabila asasnya sebuah kereta sedan, hasil akhir tidak begitu kemas, dan ini boleh dilihat menerusi ketinggian bumbung, jarak kelegaan tanah, serta ruang arca roda yang jauh lebih kecil berbanding kereta sebenar. 
 


Bagi memastikan supercar ini mampu diselenggara dengan mudah, syarikat tersebut mengekalkan enjin asal yang berkuasa 177 bhp yang digandingkan dengan transmisi automatik lima kelajuan. 

Inilah hasilnya, Lamborghini Aventador yang dikuasakan oleh VTEC. 

Walaupun rupa bentuknya nampak canggung, pujian harus diberikan kepada syarikat tersebut kerana berani mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain. 
 


Izinkan penulis keluar mengambil udara segar sebentar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun model tersebut wujud di dalam filem, akan tetapi Toyota sebenarnya tidak pernah langsung…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Domestik
  Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di…