Miliki Nissan GT-R dengan harga yang lebih murah - mula dijual tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Kereta sports Nissan yang ikonik ini sememangnya mahal jika dibeli baharu, apatah lagi apabila anda menginginkan sebuah versi Nismo yang berharga kira-kira $210,000 (RM878 ribu) yang berkuasa 600 hp itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau, buat para penggemar, anda boleh mendapatkan sebuah Nissan GT-R Nismo yang dibina khas oleh Nissan pada harga yang lebih munasabah tanpa mencederakan poket dan akaun bank anda. 

Memperkenalkan, Lego Speed Champions Nissan GT-R Nismo!
 


Memandangkan Lego memperkenalkannya di bawah siri Speed Champions, anda tidak perlu risau kerana ia tidaklah serumit cara pemasangan Lego siri Technic. 

Namun, Nissan GT-R Nismo Speed Champions ini masih terdiri daripada 298 unit individu yang perlu dicantum dan dipasang bagi membentuk sebuah Nissan GT-R skala kecil yang err.. berbentuk Lego.
 


Walaupun masih berbentuk Lego, Nissan menitikberatkan aspek rekaan supaya ia lebih dekat dengan model sebenar, seperti gril V-Motion, rim gentian karbon dan sayap belakang yang sangat besar itu. 

Tidak ketinggalan, pelekat liveri yang diinspirasikan daripada jentera lumba Nissan GT-R Nismo. 

 


Anda boleh mula menyimpan duit dari sekarang kerana Lego masih belum mengumumkan harga jualan rasmi bagi set Lego Speed Champions Nissan GT-R Nismo ini. 

Yang pasti, ia sudah tentu lebih murah berbanding membeli kereta sebenar. 
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Apa yang pasti, kedua-duanya kini bersaiz 25 peratus lebih besar berbanding kit terdahulu.  Dua…