MILIKI KERETA ELEKTRIK VOLVO DENGAN POTONGAN SEHINGGA RM20,000!

oleh Mohamad Hanif|
Memiliki sebuah kereta elektrik kini bukan lagi satu kerumitan, terutama bagi mereka yang duduk di kawasan ibu kota.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Ketika artikel ini ditulis, penulis pasti sudah banyak fasiliti pengecasan yang telah disediakan bagi menjadikan proses pemilikan kenderaan elektrik lebih selesa dan praktikal dalam masa yang sama.

Lagipun dengan peningkatan jarak gerak yang ditawarkan model Volvo terkini melebihi 400km, fasiliti pengecasan di rumah lebih mencukupi untuk pemanduan harian tanpa kerisauan.

Tahukah anda, Volvo Car Malaysia juga kini menawarkan program yang mampu menjadikan pemilikan EV semudah ABC sepanjang tempoh Julai hingga September ini?
 

vv


Jika anda berminat untuk membawa pulang Volvo XC40 Recharge Pure Electric (dengan jarak gerak 435 km*) atau C40 Recharge Pure Electric (jarak gerak 450 km*), Volvo akan menawarkan anda beberapa manfaat menerusi Volvo Car Financial Services.

Antaranya ialah diskaun pengurangan pinjaman sebanyak RM20,000, sebuah peluang untuk merendahkan lagi jumlah ansuran bulanan sekiranya anda membayar duit tambahan setiap bulan. Anda juga boleh menikmati kadar khas untuk penjimatan pembiayaan, serta tempoh pinjaman yang lebih awal sekiranya anda membayar ansuran tepat pada masanya.

Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric masing-masing menampilkan tetapan dua motor elektrik (satu untuk setiap gandar) dengan kuasa keseluruhan 408 PS dan 660 Nm, yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat.

Pek bateri kekal pada kapasiti 78 kWh, namun jarak geraknya kini mampu mencecah sehingga 438 km* untuk sekali cas penuh (atau sehingga 450 km* untuk Volvo C40 Recharge Pure Electric).

Promosi daripada Volvo Car Financial Services ini juga boleh digunapakai apabila anda membuat tempahan Volvo XC40 Pure Recharge atau Volvo C40 Pure Recharge di atas talian di sini.
 

vv


Pelanggan yang masih mahu mendapatkan kereta hibrid elektrik seperti Volvo XC60 Recharge atau Volvo XC90 Recharge akan mendapat pakej promosi bernilai hampir RM20,000 yang merangkumi:
•    Pakej Servis Volvo (VSP) selama lima tahun bernilai RM12,900 yang turut meliputi komponen pakai lusuh, kos buruh, kemaskini perisian secara percuma, serta pemeriksaan kesihatan kenderaan
•    Insurans bernilai RM7,000 untuk tahun pertama, percuma!

Sebagai makluman, Volvo XC60 Recharge dan XC90 Recharge PHEV telah dikemaskini pada tahun lepas dengan membawakan nadi 2.0 liter turbo yang menghasilkan 317 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 400 Nm @ 3,000-5,400 rpm, dipadankan dengan motor elektrik (gandar belakang) berkuasa 145 PS dan 309 Nm dan transmisi lapan kelajuan.
 

xc60


Secara keseluruhannya, XC60 Recharge mampu menjana kuasa setinggi 462 PS dan 709 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat atau 5.3 saat untuk model XC90.

Pek bateri 18.8 kWh pula membenarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 81 km (77 km untuk XC90 PHEV), membolehkan anda untuk menikmati pemanduan elektrik yang sebenar tanpa setitis petrol, serta kadar penggunaan bahan api serendah 1.6 liter/100 km (atau 1.8 liter/100 km untuk Volvo XC90 PHEV).

Kedua-dua promosi ini hanya sah sehingga 30 September sahaja, jadi kunjungi pengedar Volvo terdekat anda sekarang! Maklumat lanjut berkenaan promosi serta model-model yang telah disebutkan boleh didapati menerusi laman web Volvo di SINI.

* Jumlah jarak adalah mengikut Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure (“WLTP”) yang didapati menerusi ujian makmal. Jumlah jarak dalam dunia sebenar mungkin berbeza daripada angka yang dinyatakan.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…
Berita Global
Kereta yang diperoleh daripada pengedar Toyopet Chiba pada ketika itu berada dalam keadaan yang…