Miliki Ford Focus dari RM668 sebulan atau rebat tunai RM15,000

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berita baik buat peminat Ford Focus, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta idaman anda kerana Sime Darby Auto Connexion kini sedang menawarkan pilihan bayaran ansuran bulanan serendah RM668 sebulan (promosi ekslusif dari Maybank) atau rebat tunai bernilai RM15,000.

 

Harga bagi Ford Focus (di atas jalan tanpa insuran):

  • Focus Trend (5 pintu): RM118,888
  • Focus Sport+ (5 pintu): RM139,888
  • Focus Titanium+ (4 pintu): RM139,888

 

Ianya juga dilengkapi pelbagai teknologi pintar serta dikuasakan oleh enjin petrol pemenang anugerah 1.5L EcoBoost.

 

Ford Focus boleh didapati dalam enam warna bergaya iaitu;

  • Frozen White, Panther Black, Ingot Silver, Candy Red, Magnetic dan Winning Blu

 

 

"Kenderaan ini merupakan sebuah kereta dinamik yang harus dipertimbangkan untuk dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia, terutamanya apabila lebih banyak pengguna memilih kereta yang jimat minyak hari ini," kata Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

 

 

Ford Focus ini turut disenaraikan di AutoBuzz.my dalam kategori Kereta Terbaik Tahun 2016, #ABC2016, manakala enjin 1.5L EcoBoost mendapat pengiktirafan khas daripada Anugerah Kenderaan Tahunan (VOTY) 2017 untuk 'Enjin Petrol Terpilih' oleh DSF.my-Allianz Vehicle of the Year 2017 (VOTY 2017).

 

Bukan sahaja seronok untuk dipandu, Ford turut mementingkan aspek keselamatan pada setiap kenderaan mereka.

 

Ciri-ciri keselamatan

 

  • Blind Spot Information System (BLIS) dengan ciri Cross-Traffic Alert, yang menggunakan tiga amaran berbeza untuk memaklumkan pemandu jika sistem mengesan kenderaan yang mendekati sama ada dari kiri atau kanan, sehingga 40 meter.

 

 

  • Enhanced Active Park Assist, yang dibina pada Parallel Park Assist Ford dengan penambahanPerpendicular Park Assist. Sebaik diaktifkan, sistem akan mengimbas ruang parkir antara kereta. Apabila ruang ditemukan, proses memarkir kereta ke ruang parkir akan diambil alih oleh sistem, sementara pemandu mengawal pergerakan, brek serta pemecut kereta.

 

  • Enhanced Active City Stop System dapat membantu untuk mengurangkan kemalangan pada kelajuan yang rendah, sistem ini akan pra-caj brek jika kereta menghampiri kenderaan di hadapan terlampau pantas. Sekiranya pemandu gagal bertindak, sistem akan mengurangkan tork enjin dan secara automatik akan menggunakan brek untuk mengurangkan kesan pelanggaran.

 

 

  • Enhanced Transitional Stability yang secara aktif menentukan apabila kereta memenuhi syarat-syarat yang boleh menyebabkan kenderaan memutar secara tidak sengaja dan membantu untuk mencegah pemandu daripada kehilangan kawalan kereta.

 

  • Ford MyKey™-Apabila risiko dikenalpasti, sistem ini membolehkan kunci ganti diprogramkan untuk pemandu lain untuk memberi jaminan kepada pemilik apabila meminjamkan kereta mereka kepada pemandu yang kurang berpengalaman. Teknologi ini mampu mengurangkan kelajuan maksimum kenderaan, memberi amaran petrol rendah, menghadkan tahap kelantangan hiburan dalam kereta atau melumpuhkan kereta sama sekali sekiranya tali pinggang keledar tidak dipasang.

 

 

Lebih Kuasa!

 

  • Penggunaan bahan api yang cekap dengan Active Grille Shutters yang berfungsi untuk mengoptimumkan aliran udara melalui bilah-bilah bermotor yang berputar untuk menyekat aliran udara, sekaligus menjimatkan bahan api dengan menghasilkan pengurangan seretan aerodinamik sehingga enam peratus.
     
  • Enjin EcoBoost 1.5L 4 silinder adalah ahli kelima keluarga EcoBoost yang mempunyai kapasiti untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar dan pelepasan CO2 sehingga 20 peratus.

 

  • Paling berkuasa dalam kelasnya - dengan penghasilan kuasa sebanyak 180PS yang mengagumkan dan tork sebanyak 240Nm!

 

Ciri-ciri pintar

Ciri-ciri lain Ford Focus termasuk:

● Butang entri Push/Start tanpa kunci

● Enam beg udara

● Kawalan iklim dwi-zon

● Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

● Pemandu Berkuasa Elektrik Elektronik (EPAS)

Torque Vectoring Control

● Hill Launch Assist

● SelectShift enam kelajuan dengan pendayung

 

Ford Focus

 

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Ford Focus mendapat pengiktirafan maksimum 5-bintang Euro NCAP.

 

Tempah sesi pandu uji sekarang di http://www.sdacford.com.my/request-a-test-drive atau lawati bilik pameran Ford berdekatan untuk merealisasikan keinginan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sdacford.com.my.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…