MIDF - Jualan kereta dijangka lebih 700,000 unit, kenaikan 5% tahun ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) menyemak naik ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2023 sebanyak lima peratus kepada 713,000 unit, berdasarkan tempahan tertunggak industri.


Menurutnya, setakat ini TIV meningkat sebanyak 30 peratus tahun ke tahun kepada 112,128 unit, menyumbang 17 peratus daripada ramalan TIV 2023 yang dibuat sebelum ini iaitu 678,000.

"Berikutan pengukuhan tempahan tertunggak industri dan seiring dengan semakan menaik syarikat pada musim keputusan suku keempat tahun kalendar 2022 baru-baru ini, kami meningkatkan ramalan TIV 2023 berjumlah lima peratus kepada 713,000.

"Oleh itu, kami turut meningkatkan ramalan pendapatan sektor ini bagi tahun kewangan 2023 kepada purata 14 peratus," katanya menerusi satu nota penyelidikan, pada Jumaat.

Sebanyak 720,658 kereta dijual di Malaysia pada 2022.

MIDF berkata, dalam kalangan syarikat utama di bawah liputannya, PERODUA masih mempunyai 220,000 unit tempahan tertunggak, atau bersamaan dengan sembilan bulan unjuran TIV bagi pengeluar kereta nasional itu pada 2023.

"Toyota mempunyai lebih 50,000 tempahan tertunggak, bersamaan enam bulan unjuran TIV bagi tahun ini, manakala Mazda ada 6,800 tempahan tertunggak atau lima bulan daripada TIV bagi 2023.

"Kami difahamkan, tempahan pasca pengecualian cukai di bawah PENJANA merangkumi sebahagian besar tempahan tertunggak ini," katanya.

 

vios

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Firma itu menambah, beberapa pelancaran baharu turut mempercepatkan lagi momentum jualan kenderaan pada tahun ini.

"Perodua melancarkan Axia baharu pada Februari, dengan 27,000 tempahan dalam tempoh sebulan pelancarannya atau 3.5 kali ganda daripada sasaran pengeluaran bulanan model itu.

"Bermaz Auto melancarkan Mazda CX30 CKD awal bulan ini, dengan 1,600 tempahan diterima atau tiga kali ganda sasaran pengeluaran bulanan.

"Vios baharu yang dilancarkan UMW Toyota baru-baru ini menerima 5,000 unit tempahan," katanya.

MIDF berkata, ia telah menaikkan ramalan pendapatan tahun kewangan 2023 terhadap Bermaz Auto, UMW dan MBM Resources (MBMR), masing-masing sebanyak 27 peratus, 13 peratus dan sembilan peratus, di samping mengekalkan unjuran tidak berubah terhadap Tan Chong Motor.

Seiring dengan ramalan berkenaan, ia turut meningkatkan harga sasaran bagi saham-saham Bermaz Auto, UMW dan MBMR masing-masing sebanyak 20 peratus, enam peratus dan dua peratus.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Dalam tempoh yang sama, kenderaan bermotor melonjak 1,642.8 peratus atau RM15.2 bilion kepada…