MIDA mahu tarik pelabur ceburi industri automotif Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trend semasa berasaskan teknologi seperti mobiliti terhubung, pemanduan autonomi, kenderaan elektrik (EV) dan teknologi ketersambungan bakal membentuk lanskap industri automotif dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). 

Model perniagaan disruptif dan pendigitalan akan terus merevolusikan dunia, dan menurut agensi itu lagi yang menggesa pelabur untuk merebut peluang yang semakin berkembang dalam industri berkenaan. 

"Masa hadapan industri kini pernuh dengan peluang dan cabaran dalam masa yang sama. Pelabur berpotensi boleh menjangkakan Malaysia kini berada tepat di landasan, dan sekaligus memanfaatkan peluang tersebut," ujar MIDA di dalam laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2018 yang dikeluarkan baru-baru ini. 

Perlu diingatkan terdapat peningkatan kebergantungan terhadap sistem berasaskan perisian, seperti yang terdapat dalam kenderaan pemanduan autonomi, dan memerlukan sistem kenderaan semasa untuk dinaik taraf. 

Perisian yang digunakan pula merangkumi pelbagai ciri dan perkhidmatan, termasuklah servis mobiliti, keselamatan termaju, sistem kedudukan global (GPS) dan servis berasaskan geo-lokasi, hiburan dalam kenderaan serta diagnostik/analisis kawalan jauh. 
 


Untuk itu, kualiti dan keselamatan perisian menjadi satu aspek yang paling penting dalam membezakan setiap pemain di dalam industri, tambah MIDA lagi. 

"Sub-sektor automotif tempatan kini memerlukan pembekal dalam menghasilkan alat ganti dan komponen automotif dalam skala yang diperlukan.

MIDA kini menyediakan insentif dalam bentuk status perintis dan elaun cukai pelaburan untuk tempoh lima sehingga 10 tahun bagi pelabur yang ingin menceburkan diri dalam penghasilan sistem/komponen kritikal automotif. 

Tahun 2018, industri automotif menyaksikan sejumlah 47 buah projek diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM1 billion. 

Pelaburan domestik secara langsung mewakili dua pertiga daripada jumlah keseluruhan, bernilai RM682 juta manakala pelaburan langsung asing pula merangkumi 35% atau RM354 juta. 

Ini sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang, menurut MIDA lagi - Bernama.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Lim Bee Vian berkata pihaknya telah meluluskan sebanyak 26…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, inisiatif MIDA ini memberikan…
Berita Domestik
MIDA berkata pasaran ASEAN menjadi tumpuan Hyundai sebagai pasaran baharu untuk menggantikan China…